Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-Undang UTM akan menganjurkan taklimat yang tersebut di atas pada ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Disember 2015 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tgh hari
Tempat : Dewan Jumaah Tan Sri Ainudin, UTM Kuala Lumpur
Penceramah : En. Abdul Karim bin Abdul Aziz
Pegawai Undang-Undang L52,
Pejabat Penasihat Undang-Undang UTM)
3. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat yang tepat berhubung pengurusan tatatertib atau tindakan yang perlu diambil oleh pihak PSM setiap PTJ terhadap isu staf yang gagal hadir bertugas tanpa alasan yang kukuh atau tanpa kebenaran pihak pengurusan.
4. Justeru seluruh warga kampus adalah dijemput hadir serta memanfaatkan sesi taklimat ini agar isu-isu yang berkaitan dapat dihurai dan dilaksanakan dengan jelas dan teratur.
Sekian, terima kasih.
Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran)
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur