TOWNHALL : DIFFERENTIATED CAREER PATHWAY (DCP) FOR ACADEMIC STAFF

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Seiring dengan aspirasi Lonjakan 2 (Kecemerlangan Bakat) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, pihak Universiti telah menubuhkan satuTASK FORCE khas yang diketuai oleh YBhg Prof. Dr.Shamsul bin Sahibuddin bagi melihat polisi dan syarat yang perlu digariskan dalam 4 laluan kerjaya staf akademik UTM. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa, draf cadangan syarat dan kriteria 4 laluan kenaikan pangkat tersebut akan dikongsikan bersama semua staf akademik  dalam sesiTOWNHALL DCP (DIFFERENTIATED CAREER PATHWAY) yang akan diadakan seperti berikut :

(1)

SESI TOWNHALL DCP BERSAMA DEKAN FAKULTI/ DEKAN RA/ PENGARAH/ TP/ PP FAKULTI
24 OGOS 2016 (RABU) – 2.30 PETANG – DEWAN SENAT, UTM JOHOR BAHRU
(Video Conference – BILIK MESYUARAT LPU, ARAS 17, MENARA RAZAK UTM KUALA LUMPUR)
 
(2)
SESI TOWNHALL DCP BERSAMA STAF AKADEMIK UTM KUALA LUMPUR
25 OGOS 2016 (KHAMIS) – 2.30 PETANG – DEWAN UTAMA MENARA RAZAK, UTM KUALA LUMPUR
 
(3)
SESI TOWNHALL DCP BERSAMA STAF AKADEMIK UTM JOHOR BAHRU
29 OGOS 2016 (ISNIN) – 9.30 PAGI – DEWAN KULIAH 7, BLOK N24, UTM JOHOR BAHRU
 
Semua staf akademik dengan segala hormatnya adalah DIJEMPUT HADIR untuk memberi maklumbalas berhubung perkara tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *