Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagai satu insiatif UTM Digital Lifestyle, aplikasi UTMSmart akan digunakan untuk merekod kehadiran staf ke Majlis Perhimpunan Bulanan bermula daripada bulan Mac ini.
Aplikasi ini perlu dimuat turun dan diinstalasi ke telefon pintar anda (sistem operasi Android 4.4 dan ke atas) bagi membolehkan kehadiran anda direkodkan.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk merekod kehadiran anda menggunakan UTMSmart :
- Sila muat turun aplikasi ini di Google Play dan cari aplikasi UTMSmart atau terus ke pautanUTMSmart@GooglePlay.
- Sila imbas QR di dalam Dewan Sultan Iskandar/ Dewan Azman Hashim menggunakan aplikasi UTMSmart ini. Panduan lengkap telah disertakan di pautan UTMSmart Google Play.
Sekian.
Terima kasih.
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Universiti Teknologi Malaysia.
HUBUNGI KAMI Sistem Aduan : http://aduan.cict.utm.my | Emel : aduit@utm.my | No telefon : 07-5532136