TUGASAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TAHAP 2

REALITI MAYA

Apakah yang anda faham tentang Realiti Maya?

Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad. Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar. Ada yang berpendapat bahawa VR ialah satu bentuk yang lebih canggih bagi perkakasan komputer. Ada pula yang berpandangan bahawa sistem VR perlu ada perisian keras, seperti head mounted display, feedback glove, full body suit dan lain-lain.

What is Mixed Reality - Dignited

Contoh aplikasi maya dan Fungsinya

Bidang penjagaan kesihatan ialah salah satu penggunaan terbesar VR yang merangkumi simulasi pembedahan, rawatan fobia, pembedahan robotik dan latihan kemahiran. Salah satu kebaikan teknologi VR ini dalam bidang perubatan adalah membenarkan seseorang yang berprofesional dalam penjagaan kesihatan mempelajari kemahiran baru serta memantapkan pengetahuan yang sedia ada dalam satu persekitaran yang selamat.

Kini, teknologi VR juga popular digunakan dalam surgeri robotik. Ini ialah satu pembedahan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah robotik.

Pada tahun 2004, Centre for Minimal Access Surgery (CMAS) telah memulakan eksperimen ke atas menilai kemungkinan penggunaan telesurgery dalam perubatan kecemasan di dalam persekitaran ekstrem (Anvari, 2007). Eksperimen ini dijalankan dengan kerjasama dari NASA and the US military’s TATRC. Eksperimen ini dinamakan sebagai The NEEMO. Misi The NEEMO ialah menjalankan eksperimen habitat Aquarius dalam air, di mana lokasinya di The Coast of Key Largo, Florida dan eksperimen ini dioperasikan oleh National Undersea Research Centre (NURC).

 

Fungsi Teknologi Realiti Maya Dalam Urusan Pekerjaan di UTM

Dalam dunia pendidikan, pelbagai jenis teknologi telah diaplikasikan dalam sistem pendidikan. Revolusi teknologi membolehkan pendekatan baru digunakan dalam proses P&P . Salah satu teknologi konduktif kepada pembinaan alat inovatif untuk pendidikan adalah teknologi VR, yang menawarkan persekitaran komputer dalam bentuk 3D serta sistem interaksi yang lebih efektif, dan meningkatkan motivasi kepada proses pembelajaran .

Tidak memerlukan kos yang mahal, kerana pelajar hanya melakukan simulasi buatan saja dengan bantuan teknologi VR. Teknologi VR merupakan alat yang berkos efektif untuk pembayangan dan prototaip rekaan digital untuk pelbagai bahan di mana memudahkan kajian semula reka bentuk produk dan peningkatan kualiti.

 

 

 

Dengan adanya teknologi Realiti Maya (Virtual Lab) secara tak langsung dapat mengurangkan risiko dan bahaya serta kemalangan di makmal. Pelajar atau pelawat yang ingin melihat persekitaran makmal hanya perlu memakai peranti Realiti Maya dan merasai pengalaman seperti di dalam makmal. Teknologi ini juga dapat mengurangkan kos pembelian peralatan makmal sekiranya dapat diadaptasikan sepenuhnya dalam aktiviti ujikaji yang bakal dijalankan.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on TUGASAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TAHAP 2

Selamat Datang Ramadhan 2023/1444H

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023/1444H Malaysia

Bilakah tarikh mula puasa ramadhan bagi kerajaan Malaysia tahun 2023/1444H? Mesti ramai tertanya-tanya dan ternanti-ternantikan. Untuk makluman semua tarikh puasa pada tahun 2023/1444Hijrah di Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Moho Besar Raja-Raja pada tarikh yang akan dikemaskini melalui radio dan televisyen utama sekitar jam 8.00 malam.

Pengumuman mula puasa akan dilakukan selepas tamat program cerapan melihat anak bulan Ramadhan dilokasi-lokasi mencerap seluruh Malaysia pada petang 21 Mac 2023/29 Syaaban 1444H. Cara penetapan tarikh mula puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan cara matametik dan astronomi).

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2019 - Awal Ramadhan 1440H

Tarikh dan Tempat melihat anak bulan Ramadhan 2023/1444H

Penyimpan Moho Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa melihat anak bulan ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakaan adalah dilakukan dalam 15 kawasan terpilih seluruh Malaysia bagi tahun 2021. Bagi tahun 2023 akan dikemaskini.

Tempat melihat anak bulan adalah dilokasi berikut :-

  1. Pontian Kecil di Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka
  3. Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan
  4. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor
  5. Pantai Pasir Panjang, mukim Pengekalan Baru, Manjong di Perak
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai aceh di Pulau Pinang
  7. Menara Alor Setar di Kedah
  8. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu
  9. Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu di Kelantan
  10. Teluk Bandung, Kucing di Sarawak
  11. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatat di Sabah
  12. Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang
  13. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa di Labuan
  14. Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur
  15. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis

lafaz niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa dalam rumi

Di sini mommy ingin kongsikan Lafaz dan Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan

  1. Niat Harian

Nawaitu Souma Ghadin 'An Ada-'i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil'lahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunai fardu bulan ramadhan kerana allah Taala.

2. Niat Sebelum Ramadhan

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul'lihi Lil'lahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala

* Mommy mendoakan semoga kita sama-sama dapat menunaikan puasa ramadhan ini dalam keadaan yang sihat dari segi mental dan fizikal serta mendapat keberkatan di bualan yang mulia ini*

 

 

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Selamat Datang Ramadhan 2023/1444H

Pameran UTMKL Highlights- Sempena 50 Tahun UTM

Pameran UTMKL Highlights- Sempena 50 Tahun UTM

Pameran ini  diadakan sempena meraikan kejayaan cemerlang UTM terkini dan  memfokuskan kepada pembangunan dan transformasi yang telah dialami UTM Kuala Lumpur sepanjang 50 tahun yang pastinya mengandungi sejarah serta nilai sentimental yang tersendiri.
Sekiranya tidak berkesempatan, anda dialu-alukan untuk mengunjungi pautan https://virtualgallery.utm.my/utmklhighlights/ untuk merasai pengalaman melayari secara maya 360 darjah pameran tersebut.
Posted in Uncategorized | Comments Off on Pameran UTMKL Highlights- Sempena 50 Tahun UTM

Sentiasalah berfikiran positif

 

Satu Pemikiran Positif Akan membuat Satu Hari Positif

Pagi-pagi kita senyum, satu hari kita positif.  pakar psikologi dunia pun cakap begitu.

Satu pemikiran positif pada waktu pagi akan membuatkan satu hari positif.

Tak percaya? Cuba kalau sahabat bangun pagi dalam keadaan marah. Sampai petang sahabat rasa tak seronok. Marah dengan anak, merajuk dengan pasangan, stress dengan kerja dan sebagainya.

Sahabat cuba pula senyum pagi-pagi. Bila kita senyum, tak bermakna kita tak stress. Tapi kita lebih matang untuk hadapi stress itu.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Sentiasalah berfikiran positif

Tragedi Batang Kali.

Tragedi Batang Kali: Dua runtuhan dalam 30 minit, ranapkan 3 tapak perkhemahan

Siasatan JKR mendapati, dua runtuhan cerun berlaku dalam sela masa 20 hingga 30 minit di lokasi kejadian tanah runtuh yang meranapkan tiga tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada awal pagi Jumaat lalu. - Foto BERNAMA

Siasatan JKR mendapati, dua runtuhan cerun berlaku dalam sela masa 20 hingga 30 minit di lokasi kejadian tanah runtuh yang meranapkan tiga tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada awal pagi Jumaat lalu. – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati, dua runtuhan cerun berlaku dalam sela masa 20 hingga 30 minit di lokasi kejadian tanah runtuh yang meranapkan tiga tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada awal pagi Jumaat lalu.

JKR dalam kenyataannya, berkata dapatan awal itu diperoleh Pasukan Forensik dari Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR yang melaksanakan pemeriksaan awal di lokasi kejadian.

“Anggaran dimensi kegagalan cerun adalah 70 meter (m) (ketinggian), 120m (lebar) dan 330m (panjang) dengan anggaran isipadu tanah runtuhan 450,000 meter padu. Mod kegagalan adalah kombinasi retrogressive translational dan aliran puing.

“Berlaku dua kegagalan cerun di lokasi yang sama dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit di antara keduanya.

“Kegagalan cerun yang pertama berkemungkinan besar berlaku di kawasan perkhemahan. Kegagalan itu mengakibatkan kawasan di kaki (toe) cerun jalanraya menjadi lemah, mengakibatkan berlakunya runtuhan susulan (kedua) yang lebih besar.

“Aliran air bawah tanah yang aktif dikesan di lokasi cerun runtuh terutamanya dalam kawasan tapak perkhemahan,” katanya.

JKR berkata, pemeriksaan visual pada lokasi jalan dan cerun di seksyen berkenaan mendapati longkang jalan sedia ada dalam keadaan bersih dan kering serta tidak tersumbat, yang mana menunjukkan bahawa tiada masalah pada sistem perparitan jalan.

“Bahu Jalan B66 Seksyen 13.0 dari arah Goh Tong Jaya ke Batang Kali telah jatuh dan rosak akibat runtuhan cerun. Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Tragedi Batang Kali.

Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

https://www.spr.gov.my/

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Senarai Jenis Susu Tepung Baik Untuk Orang Dewasa, Lain Jenama, Lain Fungsinya

Susu adalah minum yang sangat baik bukan sahaja kepada anak-anak atau bayi tapi juga sangat baik buat orang dewasa dan orang-orang tua. Khasiat susu sangat penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi untuk badan. Setiap susu yang dijual dipasaran mengandungi khasiat yang berbeza-beza.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Senarai Jenis Susu Tepung Baik Untuk Orang Dewasa, Lain Jenama, Lain Fungsinya

Gunung Berapi Lumpur Di Tabin,Sabah Meletus

Letusan Gunung Berapi di Sabah

Tangkap layar video letusan lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu. Pix Facebook

LAHAD DATU: Letusan lumpur yang berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin di sini baru-baru ini tidak membahayakan, kata pakar geologi.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Gunung Berapi Lumpur Di Tabin,Sabah Meletus

Hadis

Posted in Uncategorized | Comments Off on Hadis

Amali Lab Teknologi Maklumat

Pada 16hb Okt 2022 sekali lagi saya menuju ke bangunan yang bersebelahan T02 tapi kali ini di bangunan T03 pula yang lebih dikenali sebagi Magic X. Bangunan yang agak usang dan kurang penjagaannya…

Pagi ini kami berkenalan dengan En Azizul dan Prof.Dr Sharizal.En. Azizul banyak membantu kami dalam membina blog, terima kasih Prof dan en Azizul. Pelajaran disambung kembali dengan memasuki bahagian Seo…

Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Amali Lab Teknologi Maklumat