20 Petua Menghilangkan Bisul

WARNA nanah putih dan bercampur dengan aliran darah disebabkan jangkitan bakteria.

Bisul

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menybabkan penghasilan nanah atau abses. Bisul boleh merebak apabila mana2 bahagian badan tersentuh bisul yang pecah.

Bisul yang terjadi disekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak. Kat sini mommy ingin kongsikan petua menghilangkan bisul denagan cepat tanpa perlu berjumpa doktor.

Pertua Hilangkan Bisul

  1. Air rebusan garam

Masukkan satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan djjangkati lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

2. Campuran madu, tepung dan kuning telur

Cara ni anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan ke semua bahan sehimgga sebati dan sejukkan dalam peti sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah disapu ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila kering ulang sekali lagi buatlah berulang kali sehingga bisul mengecut.

3. Kapur Sireh.

Sapukan kapur sireh ke atas bisul supaya cepat kecut. Apabila kapur sireh kering bolehlah disapu lagi buat berulang kali sehingga bisul mengecut.

11 PETUA GUNAKAN KAPUR MAKAN... - Urtan tradisional A£iΠ ...

4. Bawang Putih

Ambil seulas bawang putih dan tumbuk sehingga halus. Letaklah di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul mengecut.

Benarkah Bawang Putih Bisa Redakan Pilek dan Flu? Begini Penjelasannya -  Parapuan

5. Kapas dan Cuka

Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapukan sekeliling bisul bisul tersebut setiap malam. Biarkan semalaman. Mungkin anda akan terasa pedih sedikit. Kalau tidak tahan basuh dgn segera. Ulang sehingga bisu kecut.

6. Beras dan Kunyit Hidup

Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Apabila kering campuran yang baru. Ulang sehingga bisul kecut.

7. Daun Sireh

Kunyah daun sireh dan tepekkan pada bisul. Biarkan sehingga kering. Kepada anda yang tak pernah makan sireh, apabila dikunyah, rasanya agak pedas. Ulang sehingga bisul sembuh.

8. Uncang teh

Rendamkan uncang teh dalam air panas sehingga kembang. Apabila sudah suam, tekapkan uncang teh tadi ke atas bisul. Apabila uncang teh menyejuk, rendam semula sehingga panas. Ulang setiap 3 jam . Uncang teh tadi jangan pula digunakan untuk minum sebab sudah terdapat bakteria.

Bahaya Merendam Uncang Teh Terlalu Lama - SENTIASA PANAS

9. Minyak Tea Tree

Minyak tea tree telah digunakan selama berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Namun harus diingat, minyak ini boleh menyebabkan tidakbalas alahan. Berhenti jika rasa sakit atau bisul menjadi semakin merah

 

10. Ubat Homeopati

Ubat homeopati boleh juga digunakan untuk menghilangkan bisul. Di antara ubat homeopati yang berkesan untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris,silicea 30c dan Bryonia 200c. Cubalah mana tahu serasi.

11. Teh Herba

Teh herba seperti dandelion dan red colver dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria yang menjadi punca bisul. Kalau anda terkena bisul, minum teh herba untuk membunuh bakteria yang ada dalam badan anda.

12. Buah Delima dan Daun Lidah Buaya ( Aloe Vera)

Asah kulit buah delima yang basah campurkan dengan lendir aloe vera dan sapu pada permukaan kulit yang terdapat bisul tersebut.

4 Manfaat Buah Delima yang Perlu Kamu Tahu - Alodokter

Health Benefits and Dangers of Aloe Vera

13.  Ubat Salap

Ubat salap yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan yang disebabkan oleh bisul.

14. Pucuk daun semalu

Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada sekeliling bisul, biarkan sehingga kering amalkan sehingga bisul sembuh.

Khasiat pokok semalu kepada wanita – Segalanya Tentang Tumbuhan…

15. Menjaga Kebersihan

Mengamalkan kebersihan terutama dikawasan yang mudah terjadi bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih . Guna sabun antibakteria bagi individu yang mudah berpeluh atau bagi yang berkerja di kawasan yang kurang bersih.

16. Pakaan ketat

Elakkan diri dari memakai pakaian ketat kerana pakaian ketat menyebabkan banyak berpeluh. Peluh yang banyak menyebabkan banyak bakteria pada tubuh.

17. Jangan Menggaru

Jangan menggaru kulit kerana kulit yang terluka akan menyebabkan bakteria punca bisul masuk ke dqlqm kulit.

18. Losyen Antiseptik

Guna losyen antiseptik seperti Catrimide atau Acriflavine pada kulit yang luka untuk mencegah jangkitan .

19. Mencuci

Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan nanah dari bisul yang pecah.

20. Jangan Picit Bisul

Jangan memeicit.menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka mengalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menyebabkan jangkitan masuk lebih jauh ke dalam kulit dan merebak ke tempat lain.