Khasiat Jering @ Jengkol yang ramai tak tahu….

Hello Kesayangan mommy… Pagi ni mommy nak share sedikit pasal satu ulaman yang kurang digemari oleh orang buat masa ini mungkin disebabkan ulaman ini ada satu bahu yang kurang menyenangkan  dan meninggalkan kesan aroma pada mulut dan juga apabila buang air besar dan air kecil…..

Ulaman yang mommy maksudkan adalah ulaman Jering atau lebih dikenali Jengkol orang jawa.

Jika di Malaysia, jering sering dimakan dengan cara direbus dan dimakan bersama-sama parutan kelapa bersama sedikit gula dan garam.

Ia juga dimakan secara mentah, dipanggang atau digoreng.

Jika di Indonesia pula, jering kerap dimasak seakan-akan seperti sambal yang dipanggil sebagai “semur jengkol”.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa, pengambilan jering secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik didalam jering?

Anda mungkin tidak tahu mengenai hal ini, oleh itu, ikuti kupasan mengenainya di bawah.

Apakah sebenarnya jering?

Jering yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Archidendron pauciflorum, A. jiringa, Pithecellobium jiringa, dan P. lobatum adalah tumbuhan yang berasal dari rantau Asia Tenggara.

Penduduk di bahagian Barat memanggilnya sebagai dog fruit.

Buahnya sangat popular di Malaysia (dipanggil sebagai jering), Myanmar (disebut “da nyin thee“), dan Thailand (disebut “luk-nieng” atau “luk neang“). Penduduk di Indonesia pula memanggilnya sebagai jengkol.

Jering termasuk dalam keluarga legum (Fabaceae).

Buahnya adalah pod dan bentuknya berputar dalam lingkaran lenggainya yang berwarna ungu tua.

Terdapat biji buah didalam podnya dengan warna coklat yang sedikit berkilat.

Jering boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dalam air kencing selepas ia diproses oleh sistem pencernaan dalam tubuh, terutama sekali ketika ia dimakan secara mentah.

Faedah kesihatan jenis legum ini tidak terlalu diketahui oleh masyarakat umum, walaupun buah ini cukup baik untuk memberikan kesihatan pada tubuh.

Jering seringkali dihidangkan sebagai hidangan sampingan atau menu utama.

Fakta nutrisi buah jering

Berikut merupakan nilai nutrisi bagi setiap 100 gram hidangan buah jering.

  • Tenaga: 140 kcal
  • Protein: 6.3 gram
  • Lemak: 0.1 gram
  • Karbohidrat: 28.8 gram
  • Kalsium: 29 mg
  • Fosforus: 45 mg
  • Zat besi: 0.9 mg
  • Vitamin A: 0 IU
  • Vitamin B1: 0.65 mg
  • Vitamin C: 24 mgManfaat kesihatan buah jeringDisebalik baunya yang kurang menyenangkan, terdapat beberapa faedah buah jering terhadap kesihatan yang kebiasaannya tidak diketahui oleh orang ramai.

    Berikut merupakan antara beberapa manfaat yang boleh didapati daripada pengambilan buah jering.

     

    Pembentukan tisu badan

    Kandungan protein yang tinggi dalam buah jering dapat membantu pembentukan tisu dalam tubuh.

    Kandungan protein dalam buah ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kandungan protein dalam kacang hijau dan kacang soya.

     

    Mencegah anemia

    Jering juga kaya dengan zat besi di mana zat besi ini sangat penting untuk mencegah dan mengatasi kekurangan pengeluaran sel darah merah di dalam tubuh.

    Anda pasti mengetahui bahawa apabila tubuh badan mengalami kekurangan zat besi, pengeluaran sel darah merah akan berkurang.

    Akibatnya, bekalan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh semua sel dalam badan juga akan dikurangkan.

    Kesan kekurangan bekalan oksigen dan nutrien dalam sel akan mengurangkan fungsi/prestasi sel.

    Untuk golongan wanita, dengan memakan buah jering semasa haid sangat disyorkan agar tubuh badan anda tidak mengalami kekurangan zat besi disebabkan oleh banyaknya darah haid yang keluar dari badan.

    Mengelakkan kehilangan tulang dan menguatkan tulang serta gigi

    Selain kandungan zat besi dan protein, zat lain yang terdapat dalam buah jering adalah kalsium dan fosforus.

    Kedua-dua bahan ini adalah bahan yang diperlukan oleh tulang.

    Kalsium dan fosforus boleh mencegah kehilangan tulang (osteoporosis).

    Oleh itu, dengan memakan buah jering dengan jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan boleh membantu tulang anda untuk menjadi lebih kuat.

    Mencegah radikal bebas

    Buah jering mengandungi beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C.

    Vitamin A bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan mata dan dapat meningkatkan ketajaman visual penglihatan.

    Vitamin A dan vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan.

    Faedah antioksidan telah diketahui berpotensi untuk mengatasi bahan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

    Bersifat antimikrob

    Terdapat aktiviti antimikrob ekstrak metanol daripada daun, pod dan buah jering.

    Kajian menunjukkan bahawa kesemua ekstrak buah jering mempunyai aktiviti antibakteria dan aktikulat yang melawan organisme yang diuji.

    Lektin daripada buah jering pula mempunyai aktiviti antikulat dalam melawan Exserohilum turcicum, Fusarium oxysporum dan Colletotrichum cassiicola walaupun dengan kepekatan yang rendah.

    Mencegah diabetes

    Buah jering boleh mengelakkan kejadian kencing manis.

    Ini kerana didalam buah jering, terdapat beberapa bahan yang tidak terdapat dalam kandungan makanan yang lain.

    Bahan ini dipanggil bahan asid djenkolik.

    Asid djenkolik ini adalah kristal, ia tidak larut oleh kandungan air.

    Disebabkan oleh sifatnya yang diuretik, buah jering ini tidak digalakkan untuk dimakan oleh pesakit yang mengalami masalah buah pinggang.

    Adalah dikhuatiri bahawa buah pinggang tidak dapat menapis asid djenkolik daripada buah ini.

    Kesan buah pinggang tidak dapat menapis asid djenkolik ini adalah sukar untuk menghentikan pembuangan air kencing.

    Menyelesaikan masalah penyempitan saluran darah

    Pesakit yang mengalami penyakit jantung akan mengalami penyempitan pembuluh darah dan kemudiannya menyebabkan aliran darah ke bahagian hati menjadi tidak lancar.

    Kandungan mineral dalam buah ini dapat melebarkan saluran darah yang sempit dan mencegah saluran darah daripada menjadi sempit.

    Boleh menstabilkan organ penting dalam badan

    Organ-organ penting dalam badan akan berfungsi dengan baik dan stabil jika badan memenuhi keperluan asid folik dan vitamin B6.

    Keadaan sebaliknya akan berlaku jika tubuh badan kekurangan asid folik dan vitamin B6.

    Tidak hairanlah jika wanita hamil juga dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan asid folik untuk perkembangan janin.

    Salah satu contoh makanan yang kaya dengan asid folik ialah buah jering.

    Tetapi sebaiknya diingatkan agar mengambil buah ini secara mencukupi tanpa berlebih-lebihan.

    Jangan terlalu berlebihan kerana penggunaan buah ini secara berlebihan akan menjadi kesan yang kurang baik kepada organ buah pinggang.

    Terdapat lebih banyak manfaat jering untuk kesihatan. Ini termasuklah:

    • Mengatasi penyakit jantung koronari
    • Mengatasi sembelit dalam kalangan wanita hamil
    • Mencegah kecacatan pada bayi
    • Pertumbuhan tulang dan gigi janin yang masih dalam rahim
    • Menyuburkan mata
    • Antioksidan untuk jantung
    • Mengawal gula darah
    • Kesan sampingan pemakanan buah jering

    Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin anda dapati selepas pemakanan buah jering.

    Pengambilan buah jering secara berlebihan boleh menyebabkan kesan toksik ke atas jantung, ginjal, hati dan pankreas.

    Buah jering adalah bersifat sedikit toksik disebabkan oleh kandungan asid djenkolik, asid amino yang boleh menyebabkan djenkolisme (keracunan buah jering).

    Simptom yang berlaku termasuklah kekejangan otot, muntah-muntah, gout, pengekalan kencing, dan kegagalan buah pinggang akut.

    Memakan buah jering dalam jumlah yang kecil akan menyebabkan masalah penampilan kerana ia menghasilkan nafas, peluh, najis, dan air kencing yang berbau.

    Bau ini dapat diatasi dengan membersihkan diri dengan peralatan kebersihan yang mengandungi wangian, seperti ubat gigi, pencuci mulut, sabun dan deodoran.

    Bau yang terhasil semasa pembuangan air kencing dapat dikurangkan jika pembilasan dilakukan sebelum dan selepas pembuangan air kencing dengan jumlah air yang mencukupi atau jika perlu, bilas dengan menggunakan cecair pembersih.

    Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.