TEKNOLOGI MAKLUMAT TAHAP 2 REALITI MAYA

REALITI MAYA

Apakah yang anda faham tentang Realiti Maya?

Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad. Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar. Ada yang berpendapat bahawa VR ialah satu bentuk yang lebih canggih bagi perkakasan komputer. Ada pula yang berpandangan bahawa sistem VR perlu ada perisian keras, seperti head mounted display, feedback glove, full body suit dan lain-lain.

Why You Need Mixed Reality at Your Next Event | Smart Meetings

Contoh aplikasi maya dan Fungsinya

Bidang penjagaan kesihatan ialah salah satu penggunaan terbesar VR yang merangkumi simulasi pembedahan, rawatan fobia, pembedahan robotik dan latihan kemahiran. Salah satu kebaikan teknologi VR ini dalam bidang perubatan adalah membenarkan seseorang yang berprofesional dalam penjagaan kesihatan mempelajari kemahiran baru serta memantapkan pengetahuan yang sedia ada dalam satu persekitaran yang selamat.

Kini, teknologi VR juga popular digunakan dalam surgeri robotik. Ini ialah satu pembedahan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah robotik.

Pada tahun 2004, Centre for Minimal Access Surgery (CMAS) telah memulakan eksperimen ke atas menilai kemungkinan penggunaan telesurgery dalam perubatan kecemasan di dalam persekitaran ekstrem (Anvari, 2007). Eksperimen ini dijalankan dengan kerjasama dari NASA and the US military’s TATRC. Eksperimen ini dinamakan sebagai The NEEMO. Misi The NEEMO ialah menjalankan eksperimen habitat Aquarius dalam air, di mana lokasinya di The Coast of Key Largo, Florida dan eksperimen ini dioperasikan oleh National Undersea Research Centre (NURC).

Fungsi Teknologi Realiti Maya Dalam Urusan Pekerjaan di UTM

Dalam dunia pendidikan, pelbagai jenis teknologi telah diaplikasikan dalam sistem pendidikan. Revolusi teknologi membolehkan pendekatan baru digunakan dalam proses P&P . Salah satu teknologi konduktif kepada pembinaan alat inovatif untuk pendidikan adalah teknologi VR, yang menawarkan persekitaran komputer dalam bentuk 3D serta sistem interaksi yang lebih efektif, dan meningkatkan motivasi kepada proses pembelajaran .

Tidak memerlukan kos yang mahal, kerana pelajar hanya melakukan simulasi buatan saja dengan bantuan teknologi VR. Teknologi VR merupakan alat yang berkos efektif untuk pembayangan dan prototaip rekaan digital untuk pelbagai bahan di mana memudahkan kajian semula reka bentuk produk dan peningkatan kualiti.

Dengan adanya teknologi Realiti Maya (Virtual Lab) secara tak langsung dapat mengurangkan risiko dan bahaya serta kemalangan di makmal. Pelajar atau pelawat yang ingin melihat persekitaran makmal hanya perlu memakai peranti Realiti Maya dan merasai pengalaman seperti di dalam makmal. Teknologi ini juga dapat mengurangkan kos pembelian peralatan makmal sekiranya dapat diadaptasikan sepenuhnya dalam aktiviti ujikaji yang bakal dijalankan.

 

 

 

sumber : http://petervirtualreality.weebly.com/aplikasi–impak.html

                  https://ms.theastrologypage.com/virtual-reality