Petua dan Rahsia Awet Muda Tradisional

Petua ini adalah rahsia yang diamalkan sejak turun temurun. Bagi yang mengamalkannya akan merasai sendiri perubahan pada luaran dan juga dalaman. Wantia amat menititik beratkan pasal kecantikan. Jadi jangan buang masa lag jom kita tengok bahan-bahan ape yang kita perlukan.

Kita hanya menggunakan yang mudah didapati didapur kita sahaja seperti:

  • 4 ulas Kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
  • seulas Halia saiz 2 inci (membuang angin dalam badan)
  • sebiji buah Manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • sedikit gula merah/gula kabung (untuk mengurangkan rasa pahit)

 

manjakani kunyit halia asamjawa gulamerah

  • Bahan-bahan yang digunakan bergantung kepada pengguna nak banyak mana,dinasihatkan manjakani jangan gunakan terlampau banyak menyebabkan akan terlalu pahit.

Cara Penyediaan

Tumbuk bahan-bahan seperti kunyit,halia dan manjakani sampai hancur.Jika tidak suka akan rasa tajamnya halia cukuplah dihiris sahaja ya.

Seterusnya direbus dengan 2 cawan air. Pastikan air rebusan tidak kering.setelah air rebusan mendidih bolehlah masukkan air perahan asam jawa. Kepekatan air asam jawa terpulang kepada masing-masing.

setelah air rebusan mendidih buat kali kedua baru masukkan hirisan gula merah/gula kabung. Rebus lagi sampai mendidih setelah mendidih dan air rebusan tinggal satu cawan bolehlah tutupkan api  air rebusan tadi lalu air rebusan disejukkan.

Akhir sekali tapis air rebusan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara yang bertutup. Sekarang air jamu rebusan telah siap untuk diminum.amalkan 3 kali seminggu dengan ambil 2 atau 3 sudu lalu dicampur dengan setengah cawan air suam…..

Sebelum minum air jamu ini bacalah selawat keatas nabi dan al fatihah serta niatlah dalam hati. Amalkan dan rasailah kelainannya sendiri. Cuba tau :-