My Aktiviti

Global Outreach Programme (GOP).

Guangzhou Polytechnic Normal University

Program GOP ke China yang dilakukan oleh staf UTM KL telah melibatkan 16 orang staf dari jabatan yang berbeza. GOP ini diadakan pada 22 May 2011 sehingga 28 May 2011. Program ini adalah untuk mendedahkan staf UTM kepada dunia luar. Antara objektif program ini adalah untuk mendedahkan staf bahagian pengurusan dan Makmal bagi menambah baik sistem yang sedia ada di Malaysia.

Di Guangzhou,Shenzen dan Hong Kong, Staf dapat melihat sendiri tahap keberkesanan sistem pengurusan baik di pejabat dan juga di makmal. Salah satunya Shenzhen adalah bandar terancang di mana motorsikal tidak dibenarkan digunakan dalam kawasan kampus dan juga di bandar tersebut tujuannya bagi mengelakkan berlakunya kes-kes ragut dan rompak.

Shenshen University
Hong Kong University

Di China juga kami telah berkesempatan melawat 3 universiti iaitu Universiti Politeknik Guangzhou,Universiti Shenzen dan Universiti Hong Kong.

Pada ketika itu mata wang negara China lebih rendah dibandingkan dengan mata wang kita, maka dari segi kewangan tidak mendatangkan masalah.Semuanya berjalan lancar seperti yang telah dijadualkan. Perancangan yang rapi dan teliti telah banyak membantu kami.

Justeru itu, pelbagai ilmu dan pengalaman telah dipelajari oleh staf yang terlibat mengikuti program ini. Program GOP ini juga telah memberi impak positif yang besar kepada kami semua.

Semasa siri lawatan ini diadakan, sesi perkongsian dan pertukaran idea serta lawatan ke fakulti dan makmal di universiti-universiti ini telah memberikan serba sedikit idea kepada staf UTM yang menyertai program GOP ini. Kami juga berpeluang melawat tempat-tempat menarik di Guangzhou, Shenzen dan Hong Kong.