Selamat Datang Ramadhan 2023/1444H

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023/1444H Malaysia

Bilakah tarikh mula puasa ramadhan bagi kerajaan Malaysia tahun 2023/1444H? Mesti ramai tertanya-tanya dan ternanti-ternantikan. Untuk makluman semua tarikh puasa pada tahun 2023/1444Hijrah di Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Moho Besar Raja-Raja pada tarikh yang akan dikemaskini melalui radio dan televisyen utama sekitar jam 8.00 malam.

Pengumuman mula puasa akan dilakukan selepas tamat program cerapan melihat anak bulan Ramadhan dilokasi-lokasi mencerap seluruh Malaysia pada petang 21 Mac 2023/29 Syaaban 1444H. Cara penetapan tarikh mula puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan cara matametik dan astronomi).

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2019 - Awal Ramadhan 1440H

Tarikh dan Tempat melihat anak bulan Ramadhan 2023/1444H

Penyimpan Moho Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa melihat anak bulan ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakaan adalah dilakukan dalam 15 kawasan terpilih seluruh Malaysia bagi tahun 2021. Bagi tahun 2023 akan dikemaskini.

Tempat melihat anak bulan adalah dilokasi berikut :-

  1. Pontian Kecil di Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka
  3. Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan
  4. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor
  5. Pantai Pasir Panjang, mukim Pengekalan Baru, Manjong di Perak
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai aceh di Pulau Pinang
  7. Menara Alor Setar di Kedah
  8. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu
  9. Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu di Kelantan
  10. Teluk Bandung, Kucing di Sarawak
  11. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatat di Sabah
  12. Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang
  13. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa di Labuan
  14. Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur
  15. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis

lafaz niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa dalam rumi

Di sini mommy ingin kongsikan Lafaz dan Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan

  1. Niat Harian

Nawaitu Souma Ghadin 'An Ada-'i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil'lahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunai fardu bulan ramadhan kerana allah Taala.

2. Niat Sebelum Ramadhan

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul'lihi Lil'lahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala

* Mommy mendoakan semoga kita sama-sama dapat menunaikan puasa ramadhan ini dalam keadaan yang sihat dari segi mental dan fizikal serta mendapat keberkatan di bualan yang mulia ini*

 

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.