Wangi

Persatuan Wanita Teknologi di Universiti Teknologi Malysia atau lebih dikenali sebagai WANGI telah ditubuhkan pada tahun 1994.
Ahli-ahli WANGI terdiri daripada kakitangan wanita UTM dan isteri kakitangan UTM.
Persatuan sukarela ini bergiat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, kesihatan, pendidikan dan kemasyarakatan.Wangi adalah singkatan bagi Persatuan Wanita Teknologi.

PERANAN WANGI

  • Menjadi sebuah badan yang mewakili kakitangan wanita dan isteri kakitangan yang bertugas dengan Universiti (Akademik/Am).
  • Menjadi sebuah badan perundingan berkenaan perkara berkaitan keharmonian, kebajikan dan kepentingan ahli-ahli.
  • Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan Universiti.
  • Menganjur aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan kemasyarakatan.
  • Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pertubuhannya adalah seperti yang tertera dibawah :

Kami juga berpeluang melawat kilang mencetak Al Quran yang terletak di Putra jaya serta Kilang Vantage yang terletak di Petaling jaya