*Berilmu Satu Jalan Ke syurga*
عَنْ أَبِي هُرَ يْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَقَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
*Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al Qur’an dan saling mempelajari di antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.*_ (HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih *Pengajaran:*
1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan Allah jalan untuknya ke syurga.
2. Orang yang berhimpun di masjid untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, akan memperolehi: a. Dicucuri rahmat dan ketenangan dari Allah b. Dikelilingi malaikat dan akan dilindungi c. Allah menyebut-nyebut tentang mereka kepada malaikat.
3. Orang yang tidak melakukan amal solleh seperti mempelajari ilmu, membaca dan mendalami al-Quran, dia tidak akan memperolehi kelebihan di atas.
4. Kata Abu Darda’ RA: “Aku mempelajari satu masalah ilmu itu lebih aku suka daripada qiyamullail”.
5. Kata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?” Berusahalah kita agar sentiasa berusaha mempelajari ilmu yang akan mempermudahkan jalan kita kesyurga. Semoga ilmu dan al-Quran akan menjadi bekalan dan meninggikan kedudukan kita di syurga. Kedudukan kita di syurga bergantung dengan amalan semasa kita hidup di dunia.
*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*