Biografi

Nama saya Latipah Binti Samian. Saya dilahirkan dan di besarkan di Kampung Parit Sikom, Pontian, Johor pada tanggal 23 Mei 1971. Orang Tua saya berkerja di bidang perladangan manakala ibu saya hanyalah seorang suri rumah tangga. Ayah saya bernama Samian Bin Hj Ahmad manakala ibu saya bernama Salmah@Saamah Binti Sa’ban
Saya anak keenam dari tujuh adik beradik. Kami sekeluarga hidup secara sederhana, kami tidak pernah hidup berlebih-lebihan. Orang tua sering berpesan supaya menguruskan kewangan dengan sebaiknya. Dengan cara tersebut, saya adik beradik belajar mengatur kewangan dan membeli barang-barang yang diperlukan sahaja.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kayu Ara Pasong dari darjah satu sehingga darjah 6 (1978-1983). Seterusnya saya menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian Pontian dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima (1984-1988) seterusnya saya meneruskan persekolahan peringkat tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Pengawa Barat dari tahun 1989 sehingga 1990.

Setelah lulus Tingkatan enam saya menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran iaitu Bidang Jahitan dan Rekaan Pakaian.

Saya pernah berkerja dalam industri perkilangan di Kilang Epson Precision Johor Sdn Bhd yang bertempat di Kempas Johor Baharu (1991-1993) dan Kilang Hitachi Devices terletak di Senai Johor sebagai Inspetor Kawalan Kualiti(QA) (1994-1995)

Saya bertemu jodoh dengan pasangan iaitu Fazli Bin Muhammad pada tahun 1994 dan mengakhirinya dengan perkahwinan pada 1995. Kami dikurniakan 4 orang cahaya mata 2 lelaki ( Muhammad Farhan & Muhammad Firdaus) dan 2 perempuan (Dayana Adilah & Lidiya Faqihah).

Pada tahun 2001 saya mendapat tawaran Sebagai Pembantu Makmal (Kontrak) bertempat di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Saya mula Berkhidmatan Di UTM Kuala Lumpur pada oktober 2001 dan ditugaskan di Makmal Perhubungan Asas di Jabatan Elektrik. Kemudiannya saya ditukarkan ke Makmal Sistem Seterusnya Ke Makmal Autocad dan sekarang saya di tugaskan di Makmal Fizik. Setelah bertugas selama 13 tahun barulah saya mendapat jawatan Pembantu Makmal Tetap.