Geologi

Tenaga Pengajar

Geologi merupakan satu subjek yang memperkenalkan konsep batuan,mineral dan fosil,pembentukan tiga jenis batuan utama iatu batuan igneus,batuan metamorfik dan batuan endapan serta pengkelasan ,pengenal pastian dan pengurusan inventori batuan. Kursus ini juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan teknik menyediakan keratan nipis, gilapan mineral bijih dan arang batu.

Dr. Afikah Binti Rahim merupakan tenaga pengajar bagi subjek Geologi ini. Beliau merupakan Pensyarah Kanan (DS51). Beliau adalah Penyelaras Bidang/penyelaras Penyelidikan Di Fakulti Kejuruteraan Awam dan juga Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan.