Kulit Muka Glowing

 

rose bud

Khasiat Rose Bud (Kuntuman mawar kering)

Rose bud ini adalah sejenis bunga kecil (putik bunga rose) yang sangat popular dan dijadikan minuman kesihatan yang banyak manfaat kepada sistem imun manusia. Ia boleh dijadikan minuman harian untuk wanita mahupun lelaki yang mementingkan kesihatan dalaman kerana ianya amat mudah disediakan.

Ia mempunyai 3 jenis dan amat banyak khasiatnya kepada kita. Sesiapa yang mengamalkannya setiap hari, in Shaa Allah boleh hindari dari pelbagai penyakit dan boleh membuatkan anda awet muda. Jom kita lihat cara penyediaan air minuman rose bud dan khasiatnya.

Resepi Air Rose Bud Untuk Awet Muda

BAHAN-BAHAN

  • 3-5 kuntum rose bud
  • 1 gelas air panas mendidih

CARA PENYEDIAAN

Masukkan rose bud dalam gelas air panas, dan tutup. Minum bila suam. Rose bud ni boleh recycle guna 2-3 kali tau. Cuma tambah air panas baru je.

ps: Kalau nak cantik dan awet muda jangan lupa minum selalu.

KHASIAT AIR ROSE BUD

  • Mengurangkan minyak di muka
  • Kurangkan jerawat
  • Melancarkan penghadaman / sembelit
  • Mencantikkan kulit
  • Mengurangkan senggugut
  • Meningkatkan kesuburan
  • Mengurangkan stress
  • Meningkatkan antibody badan
  • Hilangkan rasa gugup
  • Merawat ulser perut
  • Meredakan sakit tekak
  • Merawat jangkitan pada pundi kencing
  • Menyejukkan badan (merawat demam dan selesema)
  • Merangsang pertumbuhan tisu dan collagen
  • Mengurangkan radang sendi (arthritis)
  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan keletihan
  • Mengurangkan sakit kepala dan pening
  • Merawat insomnia
  • Mengandungi bahan pengantioksida yang dapat menentang kanser

3 JENIS DAN WARNA ROSE BUD

Purple Rose

  • Rasa sedap
  • Warna dan bau sederhana
  • Diimport dari China

Red Rose

  • Rasa, bau, dan warna kuat bila bancuh agak pekat
  • Diimport dari China
  • Rasa masam sedikit
  • Selalu dibuat untuk penyegar, rendaman kaki/badan macam di spa

French/Pink Rose

  • Rasa sedap, bau wangi sangat
  • Warna sangat cerah
  • Lebih menyegarkan
  • Diimport dari Syria/Iran

SIAPA YANG BOLEH AMALKAN

  • Lelaki dan perempuan
  • Kanak-kanak pun boleh minum
  • Wanita menyusukan anak
  • Wanita yang mengandung boleh juga IKUT antibodi
  • Wanita yang sudah monopouse juga boleh amalkan
  • Wanita yang period boleh minum
  • Wanita dalam pantang juga boleh minum
  • Sakit darah tinggi, kencing manis, migrain juga boleh minum

Sangat banyak rupanya khasiat rose bud ni terutama sekali untuk wanita. Selain daripada minum dengan air kosong, ia juga boleh bancuh dengan teh. Teh bunga ros boleh memberi rasa tenang dan relaks.

Kemungkinan selepas beberapa jam minum rose bud tea, anda akan berasa memulas perut dan ingin ke tandas. Dari situlah proses detoksifikasi dengan efektif. Ia amat sesuai bagi yang ada masalah sembelit. In Shaa Allah ia dapat membantu selesaikan masalah.

Semoga bermanfaat!