Pengkomputeran Awan

Pengenalan

Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer atau pengkomputeran yang berasaskan internet atau awan. Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perinciannya diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan kepakaran mendalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi “di dalam awan” itu sendiri. Ia merupakan proses virtual komputer dan bahan abstraksi dari infrastruktur kompleks yang tidak nampak. Ia adalah suatu medium komputer yang keupayaannya berkaitan dengan teknologi maklmat. Banyak maklumat yang disediakan untuk pengguna dapat mengaksesnya melalui sumber internet di dalam awan tanpa mengetahui apa dan bagaimana keadaan didalamnya. Beberapa tahun ini ia telah menjadi popular di seluruh dunia termasuk negara kita.

Definisi

Pengertiannya “Could Computing” atau komputer awan.  Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstarakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya. Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.

Penglibatan Syarikat Komputer Terbesar Dunia

Terdiri daripada IBM, Microsoft, Google, dan Apple adalah beberapa contoh penguasa terbesar komputer awan. IBM misalnya pada akhir tahun 2009 melancarkan Lotuslive, servis kolaborasi berasaskan awan. Microsoft berasaskan Windows OS, Apple perkhidmatan mobile dan Google memberikan perkhidmatangoogle docs.

Persoalan:    Adakah Semuanya Selamat di dalam Awan?

Semua syarikat komputer terbesar sedar akan bahaya ini. Namun pengguna perlu berhati-hati dengan penggunaanya terutama kepada perkara rahsia. Semua kemungkinan boleh terjadi. Terutamanya kepada penggodam komputer yang cukup licik.

PERBEZAAN KOMPUTERAN AWAN DAN TRADISIONAL HOSTING IALAH:

a) KosPengkomputeran awan : Ia dijual mengikut permintaan. 
Tradisional hosting : Kos terlibat adalah tinggi kerana melibatkan pembelian perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.            

b) Kebolehcapaian

Pengkomputeran awan :  
Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila bila masa

Tradisional hosting : 
Pengguna hanya boleh membuat capaian data pada waktu dan tempat tertentu sahaja contohnya hanya pada waktu pejabat dan di dalam pejabat sahaja. Selain itu, hanya PC atau server tertentu sahaja. 

c) Pengurusan sistem

Pengkomputeran awan : 
Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer, tablet, smartphone sahaja.

Tradisional hosting : 
Pengurusan sistem adalah bermula dari pembelian perkakasan, pembelian perisian, pengambilan pekerja, melatih pekerja untuk menjaga sistem dan lain-lain lagi. Oleh itu ia memerlukan masa yang lama.   

Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan tradisional hosting

JENIS-JENIS PENGKOMPUTERAN AWAN

Terdapat 3 jenis pengkomputeran awan iaitu awan persendirian (private) dan awan awam (public)

1) Awan Awam
Perkhidmatan ini dijual kepada sesiapa sahaja melalui internet. Pada masa ini, Amazon web services adalah pembekal awan terbesar di dunia.

2) Awan persendirian
Perkhidmatan ini merupakan satu rangkaian data pusat yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti terhad.
3) Virtual Private Cloud
Perkhidmatan ini kegunaan peribadi sahaja

CONTOH APLIKASI CLOUD COMPUTING

1) PIXLR

Alamatwww.pixlr.com

Kegunaan:  Aplikasi suntingan imej

Kelebihan
Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer spesifikasi tinggi. 

2) GOOGLE APPS


Alamat:http://www.google.com

Kegunaan: 
Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).

Kelebihan:
1) pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa install perisian dalam komputer
2) Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah ‘sharing’.

3) WINDOWS LIVE-SKYDRIVE


Alamat:http://www.skydrive.com. Aplikasi ini untuk pengguna hotmail. 
Kegunaan dan kelebihan: 1)  Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaituSky Drive3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedahsharing

4)  LIVE DOCUMENTS

Alamatwww.live-documents.com
Kegunaan:  1) Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu 100MB3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing) Boleh import dokumen (Word, Excel, Powerpoint) dari komputer atau dari Google Docs

5) EVERNOTE


Alamat: http://www.evernote.com
Kegunaan: Untuk nota atau catatan
Kelebihan:  Ianya boleh diakses secara local (offline) atau secara online di mana-mana saja sama ada menggunakan komputer, iPhone, iPad, Android dan sebagainya.

6) STORAN-DROPBOX


Alamat:  http://www.dropbox.com

Kegunaan: Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB.

Kelebihan:
1) Ruang storan yang besar iaitu 2GB
2) Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
3) Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di atas awan 
4) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain
5) Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.

KELEBIHAN PENGKOMPUTERAN AWAN

1. Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)

  • Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs. 

2.  Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer

  • Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

3.  Kebolehcapaian fail yang meluas.

  • Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.   

4.  Kebolehpercayaan data penyimpanan

  •  Data penyimpanan disimpan di ruang ‘awan’. 
  •  Boleh juga digunakan untuk mem’backup’ data-data penting.  Satu di komputer dan satu lagi di awan. 
  • Website menggunakan secured connection https

5.  Ruang storan yang tiada had

  •  Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang  tiada had.

6.  Mengurangkan kos

  • Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna – pengguna lain. 
  • Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
  • Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian. 
  • Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.  
  • Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga. 
  • Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan. 

7.  Kolaberasi berkumpulan yang lebih mudah

  • Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna. 
  • Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

8.  Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah

  •  Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.
Kelebihan pengkomputeran awan

  

KEKURANGAN SISTEM PENGKOMPUTERAN AWAN

1. Keperluan internet

  • Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian Internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.
  • Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut terganggu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat. 

2. Keselamatan

  • Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
  • Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecah masuk oleh pengodam yang berkemahiran

3. Ketidakpastian keadaan server vendor.  

  • Oleh kerana server vendor di ‘awan’, masih terdapat ketidak pastian keadaan server pengkomputeran awan. 
  • Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban 

APLIKASI PENGKOMPUTERAN DALAM TUGAS SEHARIAN

Sebagai pembantu makmal saya mengaplikasikan pengkomputeran awan. Di antaranya ialah:
1)Storan data tugasan pelajarSatu akaun makmal Dropbox diwujudkan bagi membolehkan saya menyimpan data-data pelajar. Sebelum ini saya menyimpan data pelajar di peranti storan atau server. Namun kebanyakan rosak atau terkena virus
2) Kebolehcapaian data di mana sahaja. Saya juga menyimpan data peralatan makmal di Dropbox. Sekiranya maklumat mengenai peralatan makmal diperlukan, saya tidak perlu lagi pergi ke makmal untuk mendapatkan data kerana saya hanya perlu buka akaun Dropbox sahaja.
3) Kemudahan sharing Kebanyakan data amali memerlukan saya mencetaknya mengikut bilangan pelajar. Namun dengan Dropbox saya boleh kongsi maklumat tersebut dengan pelajar. Pelajar juga boleh menghantar data amali mereka melalui Dropbox mereka. Ia menjimatkan masa dan kos.  

KESIMPULAN

1.  Pengkomputeran awan atau cloud computing adalah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet (awan). Ia merupakan teknologi yang mempunyai masa depan yang cerah. 
2.  Teknologi ini mudah digunakan, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smartphone sahaja.

3. Pengkomputeran awan ini bukan hanya digunakan oleh individu malah semakin digunakan oleh syarikat. 
3. Terdapat beberapa contoh aplikasi pengkomputeran awam iaitu Pilxr , Google Apps, Windows Live SkyDive, Live Document, Ever Note danDropbox.
4. Secara keseluruhanya, pengkomputeran awan mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan kekurangannya.