Petua Bawang Merah Untuk Melegakan Selsema dan Alergik Anak
Memandangkan cuaca pada masa sekarang ni yang tidak menentu ada kala hujan dan ada kala panas, membuatkan mommy ingin berkongsi petua yang hanya dengan menggunakan bawang merah kita boleh mengurangkan kesakitan kepada sekecil kita yang merengek ketidak selesaan disebabkan hidung selsema hidung tersumbat dan alergik.
Salah satu cara kalau anak saya alergik, demam atau hidung tersumbat, saya akan letak bawang besar di jaring kipas atau letak semangkuk bawang besar yang dihiris-hiris di satu sudut dalam rumah.
Biasanya saya buat waktu malam sebelum tidur. Alhamdulillah berkesan. Kesakitan akan cepat beransur pulih dan reda keesokan harinya.”
PETUA GUNA BAWANG UNTUK ANAK DEMAM, ALERGIK, DAN HIDUNG TERSUMBAT
Beginilah caranya meletakkan hirisan bawang tersebut pada kipas angin. Bila dah bubuh, pasangkan kipas seperti biasa.
Ini pula hirisan bawang yang diletakkan di satu sudut dalam rumah atau bilik anak.
Memang kedua-dua cara ini akan menjadikan satu rumah berbau bawang! Tapi ia sebenarnya petua bawang merah ini bertindak menyerap bakteria dan virus. Secara semulajadinya, bawang merah atau bawang besar mempunyai sifat antiseptik dan berkesan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Sebab itulah ibu-ibu tidak digalakkan untuk mengupas bawang dan membiarkannya terdedah jika mahu memasaknya. Sebaiknya, bawang yang dikupas dan dipotong perlu terus dipakai dalam masakan kerana dikhuatiri tidak hygienic lagi.
Satu lagi petua bawang merah bagi orang dewasa yang demam atau selsema, boleh juga mengamalkannya sebagai ulam. Mudah-mudahan dapat melegakan hidung tersumbat, hingus, dan sakit kepala.