Petua Lebatkan Rambut cara tradisional
Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita .Rambut yang lebat dan sihat sangat diidamkan oleh setiap wanita. Jadi disini saya kongsikan petua melebatkan dan menyehatkan rambut agar kekal menawan.
Produk-produk yang banyak dijual dipasaran ada kalanya banyak mengandungi bahan kimia seperti parabens, sodium lauryl sulphate (SLS) dan lain-lain lagi. Sebenarnya ramai yang tidak ambil peduli tentang apa yang terkandung dalam produk rambut ini. Bahan-bahan kimia inilah yang mengakibatkan kerosakan pada kulit kepala dan rambut, masalah ini boleh menyebabkan keguguran dan rambut tidak bermaya.
Disini saya kongsikan cara tradisional yang langsung tidak mengandungi bahan-bahan kimia sebaliknya mengunakan bahan semula jadi yang sangat bagus untuk rambut dan kulit kepala.
Jom kita lihat bahan apa yang akan kita gunakan. Satu daripadanya ialah
- Minyak Kelapa Bila kita sebut saja minyak kelapa tentu kita telah tahu dari mana minyak itu berasal bukan. Cara menggunakan minyak kelapa ini adalah dengan memanaskan minyak kelapa dan mengurut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut.Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat urutannya. Kemudaian balutkan rambut anda dengan tuala hangat. Biarkan selama setengah jam barulah dicuci dengan syampu. Ulangi kaedah ini sekali seminggu supaya mendapat rambut yang sihat dan lebat.
2. Daun Lidah Buaya
Ambil 2 atau 3 helai daun lidah buaya dan potong menjadi 3 bahagian. Perahkan gel yang terkandung dalam daun lidah buaya tersebut dan sapukan keseluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan selama setengah jam barulah dibilas dengan air sederhana suam. Lakukan kaedah ini sekali atau dua kali seminggu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lebat.
3. Telur
Pecahkan 2 biji telur dan kacau sehingga sebati. Sapukan telur tersebut ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 ke 15 minit . Cuci dengan air suam dan syampu yang sesuai agar bahu hanyir telur tidak melekat. Cuma amalkan kaedah yang mudah ini seminggu sekali agar mendapat rambut yang tebal dan sihat.
4. Kulit Buah Oren.
Selalunya kita buang je kulit oren ini kan tapi selepas ini kita boleh simpan dan kita gunakan untuk mencantikkan rambut kita. Jom tengok macam mana caranya
Ambil kulit buah oren dan tumbuk lumat, ambil kulit buah oren yang telah lumapt itu dan disapu ke seluruh kepala dan biarkan selama 15 ke 20 minit. Setelah itu barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali bagi membantu pertumbuhan rambut yang sihat serta melebatkannya.
5. Avokado + pisang
Selain dijadikan makanan bayi kombonasi avokado dan pisang ini sangat sesuai bagi melebatkan rambut anda. Lumatkan avokado dan pisang ini lalu disapu ke kulit kepala dan rambut berserta urutan ringan. Biarkan mengering di kulit kepala dan rambut selama setengah jam baru dicuci. Tujuannya supaya khasiat kedua-dua buah ini meresap kedalam kulit kepala. Kemudian baru dicuci dengan air suam dan menggunakan syampu. Rambut akan kelihatan tebal dan sihat setelah mengering sepenuhnya.
6. Daun Inai
Ambil beberapa helai daun inai dan kisan dengan sedikit air. Jadikan pes lalu di perap selama beberapa jam kemudian barulah di sapu keseluruh kulit kepala dan rambut dan diperap selam 3 jam dengan menggunakan topi mandian. Setelah 3 jam barulah dicuci bersama syampu dan perapi. Amalkan 2 kali seminggu untuk mengiatkan pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.
7. Daun Pandan + Santan
Kombinasi kedua bahan ini iaitu daun pandan dan santan ini juga dapat melebatkan rambut anda. Gunakan daun pandan dan ditumbuk serta campurkan sedikit air lalu diperah. Ambil santan lalu dicampur dengan perahan pandan dan dikacau rata. Biarkan ia selama setengah hari barulah di sapu pada kulit kepala dan rambut. Setelah itu biarkan selama 45 minit atau lebih bagi mendapat hasil lagi baik. Kemudian barulah dicuci dengan air biasa. Amalkan sekerap yang boleh untuk mendapat hasilnya . Selamat mencuba …..