Assalamulaikum kembali lagi ke Blog Mommy ya…. Mommy doakan agar semua sihat dan dalam peliharan Allah…
Ok hari ni mommy nak share satu lagi petua untuk turunkan darah tinggi hanya gunakan 3 bahan mudah yang boleh didapati
3 helai daun pandan
1 Uncang Teh
Madu
Cara-caranya
Daun pandan di cuci bersih lalu dipotong kecil dan di masukkan dalam mug dengan 1 uncang teh lalu dicurah air panas mendidih dan ditutup serta dibiarkan seketika sehingga suam.
Setelah Suam tapis dan masukkan sedikit madu lalu diminum… Sebelum minum bacalah selawat ke atas nabi dan al fatiha serta niat dalam hati mintak kesembuhan.