PROGRAM BRIDGING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2022

Tulisan Arab Bismillah yang Benar, Arti, Makna dan Keutamaannya

Assalamulaikum kepada semua yang sudi membaca blog saya ini terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih.Di sini saya ingin menerangkan bagaimana saya dan kawan-kawan telah ditawarkan bagi mengikuti Program Bridging iaitu satu program dimana jawatan Pembantu Makmal C19 akan melalui satu peralihan kepada satu jawatan lain iaitu Penolong Pegawai Sains C29.

Program Bridging ini merupakan kurus yang dianjurkan dalam tempoh 2 tahun yang setaraf dengan sijil diploma bagi mencapai piawai yang diingini bagi memberi peluang kepada peserta untuk kenaikan pangkat jika terdapat kekosongan jawatan Penolong Pegawai Sains di dalam UTM. Kursus ini dianjur oleh CTLD ( Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Universiti ) Pejabat Pendaftar UTM. CTLD telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyusun modul, format dan jadual kelas untuk pembelajaran. Jawatankuasa ini terdiri daripada staf Akademik dan Staf Pelaksana UTM sendiri bagi membantu Program ini berjalan dengan lancar. Subjek yang ditawarkan merangkumi subjek berkaitan Sains dan subjek yang berkaitan dengan Pengurusan UTM, Teknologi Komputer dan Intergriti.

Program Bridging 2022 berbeza dari Program sebelumnya kerana kelas dijalankan secara maya atau atas talian berbeza dari tahun sebelum ini. Hanya pada kelas amali atau makmal saja akan dijalankan secara bersemuka.

Pada tahun ini seramai 11 orang telah menyertai program bridging ini, 6 orang dari UTM Kuala Lumpur Dan 5 orang Dari UTM Skudai.

Berdiri dari Kiri hadapan Nurul Shafinas,Latipah ,Noor Hayati dan Rozilawati.Berdiri baris belakang
dari kiri Fadhilal dan Shamri.