Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023/1444H Malaysia
Bilakah tarikh mula puasa ramadhan bagi kerajaan Malaysia tahun 2023/1444H? Mesti ramai tertanya-tanya dan ternanti-ternantikan. Untuk makluman semua tarikh puasa pada tahun 2023/1444Hijrah di Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Moho Besar Raja-Raja pada tarikh yang akan dikemaskini melalui radio dan televisyen utama sekitar jam 8.00 malam.
Pengumuman mula puasa akan dilakukan selepas tamat program cerapan melihat anak bulan Ramadhan dilokasi-lokasi mencerap seluruh Malaysia pada petang 21 Mac 2023/29 Syaaban 1444H. Cara penetapan tarikh mula puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan cara matametik dan astronomi).
Tarikh dan Tempat melihat anak bulan Ramadhan 2023/1444H
Penyimpan Moho Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa melihat anak bulan ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakaan adalah dilakukan dalam 15 kawasan terpilih seluruh Malaysia bagi tahun 2021. Bagi tahun 2023 akan dikemaskini.
Tempat melihat anak bulan adalah dilokasi berikut :-
- Pontian Kecil di Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka
- Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor
- Pantai Pasir Panjang, mukim Pengekalan Baru, Manjong di Perak
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai aceh di Pulau Pinang
- Menara Alor Setar di Kedah
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu
- Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu di Kelantan
- Teluk Bandung, Kucing di Sarawak
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatat di Sabah
- Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa di Labuan
- Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis
Di sini mommy ingin kongsikan Lafaz dan Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan
- Niat Harian
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunai fardu bulan ramadhan kerana allah Taala.
2. Niat Sebelum Ramadhan
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala
* Mommy mendoakan semoga kita sama-sama dapat menunaikan puasa ramadhan ini dalam keadaan yang sihat dari segi mental dan fizikal serta mendapat keberkatan di bualan yang mulia ini*