Tip & Petua

Tip Cuci Dapur Gas Kotor dan Berkerak

Dapur gas yang kotor menjadi masalah yang biasa. Bagi mereka yang merupakan seorang clean freak, perkara itu menjadi satu masalah kerana ia boleh menyakitkan mata.

Tapi ramai di antara kita yang tak suka membersihkan dapur gas yang kotor kerana kotoran susah ditanggal. Guna apa jua pencuci tetap ada kesannya! Rasa geram pula, kan?

Tak perlu risau, di sini kami berkongsi cara cuci dapur gas kotor dan berkerak oleh mommy. Ringkas dan mudah, cuma perlu dua bahan sahaja terus bersih ….jom

Ini Cara Cuci Dapur Gas Kotor & Berkerak, Guna 2 Bahan Dapur Ini Saja Terus Bersih

Bahan-bahan

  • Serbuk soda bikarbonat – guna jenama ini 
  • Cuka
  • Tuala (untuk lap kotoran)

Cara-caranya

  1. Letakkan serbuk soda bikarbonat di dapur gas yang kotor. Kalau ada kotoran dan berkerak, letak lebih sikit. 

Cara Cuci Dapur Gas Kotor

2. Tuangkan cuka, agak-agak sahaja tapi jangan terlalu banyak kerana takut melimpah

Cara Cuci Dapur Gas Kotor

3. Lap dengan kain hingga bersih, kotoran mudah untuk ditanggalkan

Cara Cuci Dapur Gas Kotor

4. Dapur gas kelihatan bersih dan sama seperti baru

Cara Cuci Dapur Gas Kotor

Jadi apa tunggu lagi jom cuba tak rugi pun untung adalah tak perlu beli jenama-jenama yang mahal tu