Tip & Petua

Tip Kekal slim dengan sup kurus

Ada diantara kita yang teragak untuk mengambil makanan berkuah ketika dalam proses diet. Jadi, kami kongsikan satu perkongsian dari Khairuzetti di Facebook berkenaan sup kurus yang diamallkan olehnya sejak 13 tahun.

Menurutnya, sup kurus yang diamalkan sejak bertahun lamanya ini merupakan rahsia dirinya menjadi kurus dan ramping pada angka umur 40 an. Rahsianya adalah sup sayur cendawan buat dan makan 3 hingga 4 kali seminggu. Boleh campur dengan sayur sawi Jepun.

Bahan-Bahan A:

  • 4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah (khasiat: bakar lemak + buang kolestrol)
  • 2 biji cili api hijau tumbuk pecah (khasiat: bakar lemak)
  • 2 batang serai diketuk (khasiat: awet muda + bakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dalam badan)
  • 1 sudu minyak jagung

Bahan-Bahan B

  • 100 gram isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam) + rendaman kedua rendam dengan air garam 10 minit dan cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam)
  • 1.5 liter air tapis

Bahan-Bahan C

  • Sawi
  • Cendawan tiram (khasiat: awet muda)
  • Gula kelapa perang organic secukup rasa
  • Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panas periuk dan tambahkan minyak masak.
  2. Tumiskan bahan A sehingga kekuningan.
  3. Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air bagi mendidih.
  4. Lepastu, masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api.
  5. Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.
  6. Bila dah suam sikiit, masukkan gula perang dan garam bukit.

sup kurus

sup kurus

Amalkan sup kurus ini 4-5 kali seminggu. Buat selama 3 bulan. Insya allah akan nampak perubahaannya.

 

Info tambahan

Elakkan/kurangkan pengambilan nasi.

 

Makan nasi boleh, tapi tak boleh lepas pukul 6 petang. So you alls sesuaikan la ya resepi ini untuk diri sendiri. Boleh makan sup kurus ini sahaja selama 3 bulan atau mix sedikit nasi putih guna beras less kanji (Faezah Tajmahal)

 

sup kurus

Gambar Javanese coconut sugar yang digunakan.