Archives for April 2019

AJK Kawalan Disiplin, Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit-Unit Beruniform

Hari rabu merupakan hari Kokurikulum di sekolah. Oleh itu, Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit-Unit Beruniformtelah di adakan pada 24 April 2019 dimana semua unit beruniform perlu menghantar wakil bagi pertandingan kawad kaki yang berlangsung betrmula jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi. Sebagai guru penasihat bagi Unit beruniform Pandu Puteri, saya telah terlibat dalam sesi latihan yang telah diadakan pada setiap kali perjumpaan atau setiap petang seperti yang telah dirancangkan. Selain itu, pada hari tersebut saya telah di tugaskan untuk menjaga kawalan disiplin terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian agar mereka tidak berkeliaran di luar kawasan dataran ilmu.

Guru Unit Beruniform Pandu Puteri

Unit beruniform Pandu Puteri adalah salah satu unit berunifom yang terdapat di SMKTDS. Sepanjang menjadi guru kepada unit beruniform ini, saya dapat menimba pengalaman dalam pelbagai aktiviti yang telah di jalankan sepanjang tahun 2019. Antara aktiviti utama adalah Latihan Kawad kaki yang di adakan sebagai persediaan kepada Pertandingan Kawad Kaki Unit-Unit Beruniform yang telah berlangsung pada 24 April 2019 (Rabu).

Latihan Kawad Kaki yang di adakan pada setiap petang bersama Cikgu Vickneswary
Pasukan Kawad Kaki Pandu Puteri pada Hari Kokurikulum

Pada setiap hari Rabu, perjumpaan Kokurikulum digunakan sebaiknya oleh unit beruniform untuk pengisan berfaedah seperti aktiviti ikatan benang, survival skill dan sebagainya. Selain itu, pada Hari Keusahawanan yang telah berlangsung pada 11 Julai 2019, saya sebagai guru Pandu Puteri telah di amanahkan untuk membantu Pandu Puteri dalam menjaga gerai bagi memperoleh keuntungan dalam menjana pendapatan. Guru-guru dan pelajar telah bersama-sama berganding bahu dalam membuat perancangan untuk menjalankan perniagaan semasa hari tersebut. Gerai Pandu Puteri telah memutuskan untuk menjual makanan ringan seperti tauhu bergedil, sandwich sardin dan telur juga float.

Program Ponteng Sifar Bersama PM Dr Faizah Abd Ghani

Program Ponteng Sifar telah di adakan pada 17 April 2019 melibatkan 28 orang pelajar iaitu 16 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan yang terdiri daripada 1 orang pelajar Melayu, 22 orang pelajar Cina dan 5 orang pelajar berbangsa India. Kesemua pelajar ini adalah pelajar yang kerap ponteng dari bulan Januari hingga Mac Penceramah jemputan pada hari tersebut adalah Prof Madya Dr. Faizah Abd Ghani dr Jabatan Asas Pendidikan dan Sains Sosial, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. PM Dr Faizah merupakan kaunselor yang mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan sesi kaunseling secara berkelompok ataupun berseorangan.

Semasa program ini, pengisian selama setengah hari telah diberikan kepada pelajar dengan diselitkan pelbagai aktiviti bagi menyemai rasa cintakan sekolah dan seterusnya minat untuk belajar. Di akhir awal program  saya selaku fasilitator bersama dengan Kaunselor Sekolah iaitu Pn Asiah Ali telah mengedarkan soal selidik berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk ponteng sekolah.

Hasil perbincangan bersama Cikgu Asiah, kami telah bersetuju untuk menjadikan dapatan daripada soal selidik ini sebagai Kajian Tindakan pada tahun 2019. Dapatan dan laporan penuh kajian tindakan di lampirkan bersama laporan Latihan Ikhtisas Ini.

Pelajar yang terlibat semasa program Ponteng Sifar bersama PM Dr Faizah Abd Ghani
Bersama Kaunselor sekolah Pn Asiah Ali yang bersama-sama melaksanakan Kajian Tindakan bagi Program Ponteng Sifar
UTM Open Day