AJK Gerai (Unit Beruniform Pandu Puteri) sempena Karnival Kokurikulum SMKTDS

Selaku guru penasihat Unit Beruniform Pandu Puteri, kami telah ditugaskan untuk membantu gerai yang akan beroperasi bagi tujuan jualan makanan dan minumam pada hr Karnival Kokurikulum SMKTDS yang telah berlangsung pada 11 Julai 2019 (Khamis). Persiapan telah di adakan sejak awal lagi termasuk perbincangan berkaitan menu jualan dan kaedah persiapan. Persiapan juadah makanan yang hendak di jual pada hari Karnival telah di sediakan oleh guru dan juga pelajar. Program seperti ini dilihat bagus dalam mendedahkan pelajar berkaitan keusahawanan seperti untung dan rugi jualan juga bagus dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam berurusniaga dan berkomunikasi. 


Jualan Gerai Unit Beruniform Pandu Puteri sempena Hari Keusahawanan SMKTDS

Majlis Penetapan Target Pelajar Tingkatan 5 SPM 2019 & Jamuan Aidilfitri

Pada 30 Jun 2019, telah berlangsung Majlis Penetapan Target Pelajar Tingkatan 5 SPM 2019 & Jamuan Aidilfitri bagi tahun 2019. Majlis Penetapan Target Pelajar ini merupakan acara tahunan yang dilakukan bersama pelajar dan juga ibubapa. Majlis ini bertujuan mendedahkan ibu bapa dengan kemampuan dan kebolehan anak masing-masing. Melalui program seperti ini, ibu bapa dapat mengetahui apakah langkah yang boleh di ambil untuk membantu anak-anak mereka dalam SPM yang bakal diduduki. Selain itu, Jamuan Hari Raya Aidilfitri juga turut di adakan pada hari ini bersama-sama pelajar guru dan ibu bapa dari pelbagai kaum dan bangsa.

AJK Gimmik Majlis Lambaian Kasih & Sanjungan Budi Persaraan Puan Hajah Hasmah

Puan Hajah Hasmah merupakan Guru Penolong Kanan HEM yang telah bersara wajib pada 23 Mei 2019. Oleh yang demikian, sebagai ahli KEBIRUS sekolah, saya telah di amanahkan untuk membantu menyiapkan Gimmik bagi Majlis Lambaian Kasih & Sanjungan Budi Persaraan beliau. Tugas menghias skuter lama bersama Cikgu Megala & Nizan telah disempurnakan dengan baik. Skuter lama tersebut digunakan oleh suami Puan Hajah Hasmah yang diraikan pada hari tersebut.

Bersama Cikgu Nizan & megala menghias skuter lama yang dijadikan gimmick pada hari tersebut

Majlis Ihya Ramadhan, Pemberian Zakat & Sumbangan Hari Raya Aildilfitri

Majlis Ihya Ramadhan, Pemberian Zakat & Sumbangan Hari Raya telah di adakan pada 22 Mei 2019 bertujuan meringankan lagi beban keluarga B40 untuk anak-anak SMK Taman Desa Skudai. Pemberian ini termasuk barang-barang keperluan asas seperti beras, susu dan gula juga sedikit sumbangan berjumlah wang untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan

Iftar Ramadhan

Acara tahunan yang acapkali berlangsung di Bulan Ramadhan SMK Taman Desa Skudai adalah Program Iftar Ramadhan. Pada 16 Mei 2019 telah berlangsung program Iftar Ramadhan bagi merapatkan ukhwah antara guru-guru dan staf sekolah dengan aktiviti berbuka puasa dan solat terawih bersama.

AJK Kawalan Disiplin, Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit-Unit Beruniform

Hari rabu merupakan hari Kokurikulum di sekolah. Oleh itu, Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit-Unit Beruniformtelah di adakan pada 24 April 2019 dimana semua unit beruniform perlu menghantar wakil bagi pertandingan kawad kaki yang berlangsung betrmula jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi. Sebagai guru penasihat bagi Unit beruniform Pandu Puteri, saya telah terlibat dalam sesi latihan yang telah diadakan pada setiap kali perjumpaan atau setiap petang seperti yang telah dirancangkan. Selain itu, pada hari tersebut saya telah di tugaskan untuk menjaga kawalan disiplin terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian agar mereka tidak berkeliaran di luar kawasan dataran ilmu.

Guru Unit Beruniform Pandu Puteri

Unit beruniform Pandu Puteri adalah salah satu unit berunifom yang terdapat di SMKTDS. Sepanjang menjadi guru kepada unit beruniform ini, saya dapat menimba pengalaman dalam pelbagai aktiviti yang telah di jalankan sepanjang tahun 2019. Antara aktiviti utama adalah Latihan Kawad kaki yang di adakan sebagai persediaan kepada Pertandingan Kawad Kaki Unit-Unit Beruniform yang telah berlangsung pada 24 April 2019 (Rabu).

Latihan Kawad Kaki yang di adakan pada setiap petang bersama Cikgu Vickneswary
Pasukan Kawad Kaki Pandu Puteri pada Hari Kokurikulum

Pada setiap hari Rabu, perjumpaan Kokurikulum digunakan sebaiknya oleh unit beruniform untuk pengisan berfaedah seperti aktiviti ikatan benang, survival skill dan sebagainya. Selain itu, pada Hari Keusahawanan yang telah berlangsung pada 11 Julai 2019, saya sebagai guru Pandu Puteri telah di amanahkan untuk membantu Pandu Puteri dalam menjaga gerai bagi memperoleh keuntungan dalam menjana pendapatan. Guru-guru dan pelajar telah bersama-sama berganding bahu dalam membuat perancangan untuk menjalankan perniagaan semasa hari tersebut. Gerai Pandu Puteri telah memutuskan untuk menjual makanan ringan seperti tauhu bergedil, sandwich sardin dan telur juga float.

Program Ponteng Sifar Bersama PM Dr Faizah Abd Ghani

Program Ponteng Sifar telah di adakan pada 17 April 2019 melibatkan 28 orang pelajar iaitu 16 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan yang terdiri daripada 1 orang pelajar Melayu, 22 orang pelajar Cina dan 5 orang pelajar berbangsa India. Kesemua pelajar ini adalah pelajar yang kerap ponteng dari bulan Januari hingga Mac Penceramah jemputan pada hari tersebut adalah Prof Madya Dr. Faizah Abd Ghani dr Jabatan Asas Pendidikan dan Sains Sosial, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. PM Dr Faizah merupakan kaunselor yang mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan sesi kaunseling secara berkelompok ataupun berseorangan.

Semasa program ini, pengisian selama setengah hari telah diberikan kepada pelajar dengan diselitkan pelbagai aktiviti bagi menyemai rasa cintakan sekolah dan seterusnya minat untuk belajar. Di akhir awal program  saya selaku fasilitator bersama dengan Kaunselor Sekolah iaitu Pn Asiah Ali telah mengedarkan soal selidik berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk ponteng sekolah.

Hasil perbincangan bersama Cikgu Asiah, kami telah bersetuju untuk menjadikan dapatan daripada soal selidik ini sebagai Kajian Tindakan pada tahun 2019. Dapatan dan laporan penuh kajian tindakan di lampirkan bersama laporan Latihan Ikhtisas Ini.

Pelajar yang terlibat semasa program Ponteng Sifar bersama PM Dr Faizah Abd Ghani
Bersama Kaunselor sekolah Pn Asiah Ali yang bersama-sama melaksanakan Kajian Tindakan bagi Program Ponteng Sifar

AJK Hadiah Sambutan Hari Guru SMKTDS

Sambutan Hari Guru SMKTDS telah dibuat awal pada bulan April (18/4/2019) memandangkan tarikh 16 Mei adalah jatuh pada bulan Ramadhan. Maka, untuk sambutan ini, saya telah di pertanggungjawabkan untuk menjadi AJK Hadiah dimana saya bersama rakan kelab KEBIRUS perlu mencari hadiah yang bersesuaian untuk diedarkan kepada semua guru-guru sekolah. Tema yang dipilih untuk Sambutan Hari Guru tahun 2019 adalah “Bola”. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan oleh KEBIRUS antaranya perlawanan futsal antara guru dan pelajar, perlawanan bola jarring dan lain-lain lagi

Bola merupakan tema bagi Sambutan Hari Guru SMK Taman Desa Skudai pada tahun 2019

LDP Sukan Persahabatan & Pengurusan Tatatertib

LDP Sukan Persahabatan & Pengurusan Tatatertib telah di adakan pada hari Sabtu 9 Mac 2019. Melalui LDP ini semua guru telah di pecahkan kepada beberapa kumpulan bagi acara sukan persahabatan yang telah di kendalikan oleh pelajar 2 kursus Sains Sukan, Sekolah Pendidikan UTM. Melalui LDP ini saya dapat mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan guru disekolah juga mengetahui tatatertib bagi profession perguruan.