Malaysian International Scholarship (MIS) 2016 – Biasiswa.Info

http://www.biasiswa.info/blog/malaysian-international-scholarship-mis-2016

Biasiswa Maybank 2016

Assalamualaikum. Hi semua

Harini nak share tentang biasiswa Maybank 2016. Kepada mereka yang ingin mendapatkan bantuan kewangan untuk belajar, bolehlah merebut peluang yang sedang ditawarkan ini!

Capailah cita-cita anda dengan Maybank.

cita cita

Gambar dari google 🙂

Untuk maklumat lanjut layari Biasiswa Maybank 2016

Semoga Berjaya!

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016

Assalamualaikum, hi guys!

Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara, pembiayaan pendidikan, sesi konsultasi bersama BPKP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian

karnival IPT

Klik untuk gambar yang lebih jelas

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my

atau layari FB Rasmi UPU

Good Luck!

Bantuan Am Pelajaran (BAP)

Assalamualaikum!

BANTUAN AM PELAJARAN (BAP)

Bantuan Am Pelajaran (BAP) Yayasan Taqwa (MAIWP) ini merupakan bantuan yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS tempatan (Malaysia) samada di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau PhD dan tidak menerima mana-mana tajaan biasiswa atau pinjaman.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban pelajar dan keluarga dalam urusan pembayaran yuran pengajian, pembelian buku-buku berkaitan dan sebagainya. Bantuan ini juga diberikan bagi menaikkan semangat para pelajar untuk terus menuntut ilmu agar dapat membangunkan diri, masyarakat dan agama ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati

 

Untuk maklumat lanjut dan ingin mendapatkan borang boleh layari web Yayasan Taqwa

Semoga Berjaya 🙂

Khazanah Watan Scholarship Programme 2016

Assalamualaikum and morning guys!

Khazanah Watan Scholarship Programme 2016 – The Khazanah Watan Scholarship is a prestigious award that offers opportunities for talented and high-achieving Malaysians to pursue Undergraduate and Postgraduate studies at selected leading local universities.

khazanah watan

Click for clear image

For further details visit Khazanah Watan Scholarship

Good luck!

Kenyataan Akhbar Biasiswa Mybrain 15

Assalamualaikum, hi!

Hari ini nak share berita menarik! Jom baca….

mybrain

Klik untuk gambar yang lebih jelas

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, KENYATAAN AKHBAR BIASISWA MYBRAIN15

1. Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan skim MyBrain15 sejak 2011 yang melibatkan MyPhD, MPhD Industri dan MyMaster.

2. KPT ingin meneruskan kejayaan skim ini, dan dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pada 26 Januari 2016, seramai 300 orang pelajar lagi akan ditaja di bawah Program MyPhD.

3. Penajaan tersebut melibatkan bidang keutamaan Sains & Teknologi selaras dengan objektif utama MyBrain15.

4. Fokus skim MyBrain15 tertumpu kepada pelajar pengajian sepenuh masa di Universiti Awam sahaja. Pemohon harus juga bebas daripada senarai hitam PTPTN dan mempunyai purata CGPA 3.3 di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda. Had umur tidak lebih 35 tahun pada 1 Januari 2016 juga akan diberi keutamaan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
22 JANUARI 2016
PUTRAJAYA

Jom sambung belajar!

Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA Untuk Master & PhD 2016/2017

Biasiswa Ainuddin Wahid 2015/2016

Biasiswa Ainuddin Wahid 2015
Form can be downloaded HERE

HLP 2016

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) & PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2016