HASIL PERBINCANGAN JABATAN KELESTARIAN KAMPUS MPP UTM DAN UTMFleet BERKAITAN ADUAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS
[ HASIL PERBINCANGAN JABATAN KELESTARIAN KAMPUS MPP UTM DAN UTMFleet BERKAITAN ADUAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS ]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.
Pada 17 Mei 2023 (Rabu) Jabatan Kelestarian Kampus MPP UTM JB telah mengadakan satu perjumpaan bersama UTM Fleet bagi membincangkan tentang isu kelewatan perkhidmatan shuttle bas yang sering berlaku.
Hasil dapatan perjumpaan tersebut adalah seperti yang berikut :
- Pihak UTM FLEET dan UTM Digital sedang dalam perancangan bagi mengaktifkan sistem GPS Bas ke dalam UTMSmart.
- Pihak Jabatan Kelestarian Kampus mengambil maklum tentang ketiadaan perkhidmatan shuttle bas pada masa-masa yang tertentu. Namun begitu, kami memerlukan bantuan para mahasiswa/wi untuk memberi maklum balas berkaitan alternatif masa yang diperlukan bagi menyediakan rancangan jadual perkhidmatan shute bas yang lebih baik sesuai dengan keperluan pelajar melalui google form TINJAUAN ADUAN SHUTTLE BAS UTM.
- Perubahan penjadualan shuttle bas juga sedang dirancang dengan sela masa 15 minit bagi meningkatkan kecekapan pergerakan shuttle bas di UTM.
- Jadual perkhidmatan shuttle bas di dalam UTMSmart masih diguna pakai sebagai rujukan mahasiswa/wi. Namun begitu, mahasiswa/wi boleh mengisi google form TINJAUAN ADUAN SHUTTLE BAS UTM yang disediakan sekiranya mempunyai aduan tentang perkhidmatan shuttle bas.
- Semasa cuti semester yang akan datang, sebuah van bagi setiap jam akan disediakan bagi kemudahan kepada para mahasiswa/wi di dalam UTM. Bagi pelajar antarabangsa yang memerlukan perkhidmatan van atau bas anda boleh menghubungi pihak UTMI untuk urusan tempahan yang selanjutnya mengikut keperluan.
- QR code tinjauan aduan shuttle bas UTM juga akan ditampal di kawasan perhentian bas bagi memudahkan para mahasiswa/wi membuat aduan berkaitan perkhidmatan shuttle bas.
Aduan berkaitan perkhidmatan shuttle bas boleh dilakukan di link yang berikut :
https://forms.gle/5cgeGNJ5crHs5ga36
Sekian, terima kasih.
Jabatan Kelestarian Kampus
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023
CHESS SYMPOSIUM 2023 AT KLCC CONVENTION CENTRE
[CHESS SYMPOSIUM 2023 AT KLCC CONVENTION CENTRE]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Greetings to all UTMians,
May 26, 2023 | KLCC Convention Centre.
Student representatives are invited as the exhibition visitors and take the opportunity to participate in multiple activities during the afternoon event.
Light afternoon tea buffet will be served for Exhibition visitors.
Please go to this LINK to fill in the form :
The exhibition is on 3rd June 2023, Saturday, 1400 – 1700 hrs and the venue is at Hall 8C, KLCC Convention Centre.
Transportation is provided,
Come and join us!!
Thank you.
Student Representative Council
University of Technology Malaysia
Session 2022/2023.
👩🎓🧑🎓🎓UTM Career Carnival 2023 (CC2023)
FINAL YEAR STUDENTS? INTERN TO BE? THIS IS THE PERFECT CHANCE FOR YOU TO INTERACT WITH THESE UTM PREMIUM EMPLOYERS
We couldn’t have done it without the generous support of these companies. Be sure to stop by their booth to learn more about their companies and secure an interview opportunity with them!
🗓️: 13th to 14th of June
⏰: 9.00a.m. – 5.00p.m
📍: Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia
Be sure not to miss out!
“Empower The Talents, Unlock The Future”
Stay tuned with us on:
https://linktr.ee/utmcareercarnival/
Broadcasted by Majlis Perwakilan Pelajar UTM for :
UTM Career Centre
Department of Deputy Vice Chancellor (Student Affairs)
LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
[LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.
29 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.
Lawatan penanda aras yang diadakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang ke Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung selama satu hari bagi membincangkan tentang agenda pemerkasaan mahasiswa dan struktur organisasi masing-masing.
Perbincangan berkenaan struktur organisasi Kesatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang yang mempunyai perbezaan struktur dan cara tersendiri dalam membentuk cara menjalankan tugas. Hasil perbincangan tersebut dapat diperhatikan bahawa MPP UMP mempunyai 3 jabatan utama yang terbahagi kepada beberapa jabatan kecil yang bernaung dalam setiap satu jabatan utama, manakala KM UTM pula mempunyai 6 jabatan yang mempunya kategori tertentu terhadap setiap jabatan.
Telah dibincangkan juga bahawa Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang masih berada dalam organisasi Majlis Perwakilan Pelajar manakala Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia sudah bersedia untuk beralih ke fasa Kesatuan Mahasiswa. Antara perkara yang dibincangkan adalah dengan pembentangan modul pemerkasaan mahasiswa dalam fakulti sebagai salah sebuah inisiatif daripada wakil mahasiswa untuk bergerak ke arah fasa kesatuan mahasiswa.
Kelebihan yang dapat dilihat daripada pihak UTM adalah supaya mahasiswa mempunyai kuasa autonomi dan hak bersuara mahasiswa dapat didengari dan diimplimentasi tanpa ada cengkaman dari mana-mana pihak.
Sehubungan dengan itu, lawatan ini juga telah mengeratkan hubungan sesama mahasiwa/i dengan menjalankan aktiviti yang menarik iaitu ‘Campus Tour’. Seramai 17 orang termasuklah MPP UMP dan sekretariat telah terlibat secara langsung
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.
HAPPY HARVEST DAY 2023!
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Greetings to all UTMians,
May 30, 2023 | University of Technology Malaysia.
The Students Representative Council wishing all Sabahans celebrating ‘Pesta Kaamatan’ a Happy Harvest festival! May this festival be a reminder to us that everything we plant today will harvest tomorrow thus it is important to have patience and a positive mindset for the unknown future.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Students Representative Council
University of Technology Malaysia
Session 2022/2023.
PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
[PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.
11 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.
Untuk makluman mahasiswa/i, Jabatan Pendidikan Tinggi telah meneliti permohonan berkenaan dengan kelonggaran pemakaian Dasar Pelaksanaan Takwim Peperiksaan dan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada UTM Johor Bahru untuk mengadakan peperiksaan pada hari Ahad manakala UTM Kuala Lumpur pada hari Jumaat.
Sehubungan dengan itu, kelonggaran ini berkuatkuasa mulai Semester 2 Sesi 2022/2023 dan hanya terpakai bagi penilaian peperiksaan akhir semester sahaja.
Sekian,terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.
[MAJLIS PENUTUP MINGGU KESEDARAN TATATERTIB: MAHASISWA MADANI]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa, Salam Malaysia Madani.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan Majlis Penutup Minggu Kesedaran Tatatertib mengikut ketetapan berikut:
▪ Tarikh: 15 Jun 2023 (Khamis)
▪ Masa: 8:00 malam
▪ Tempat: Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak
▪Link pendaftaran: https://forms.gle/PpxoUg3LRqrFDw1E8
Sehubungan itu, dijemput seluruh mahasiswa/wi hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Penutup Minggu Kesedaran Tatatertib.
Merit UTM dan Kolej disediakan untuk semua peserta.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Anis +601110634571
Najah +60197730526
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023