Hari ni rasa kecil. Sangat kecil hati.
Di dalam urusan penyeliaan pelajar, ia unik pada setiap pelajar. Tiada satu pelajar yang sama. Tiada satu kes yang serupa.
Ada pelajar yang cekap dan kritikal. Ada pelajar yang lemah dan perlu dibimbing. Ada pelajar yang sangat bijak berkata2 tapi hasilnya tak nampak.
Belum dicampur dengan masalah anak, suami, ibu, bapa, kerja…
Setiap masalah itu perlu difikirkan oleh penyeliaan bagi memberikan peluang pelajar kita berjaya.
Apabila masalah itu pada kita besar, hingga memungkinkan pelajar berhenti atau bertukar institusi tetapi dianggap mengada2 oleh mereka yang lain. Maka apalah daya kita sebagai penyelia kecil yang tiada kelebihan apa2.
Hanya luahan rasa. Saya akan tetap cuba memikirkan laluan lain untuk membantu pelajar saya. Semoga pelajar saya juga turut sama cekal dan teruskan usaha. Walau apa pun pandangan orang terhadap kita yang kecil ini.