Select Page

Kuiz online pra UPSR

No 2 tahun ni akan ambil UPSR. Masa ambil penyata peperiksaan tengah tahun, keputusan dia sederhana je. Keputusan sekolah agama dia yang teruk… first time dia gagal.Takpalah… InsyaAllah ada masa lagi nak buat latihan.

Ada banyak latihan percuma ada dalam talian. Boleh guna pembelajaran kendiri. Nak kena rajin mencari.List dibawah ni adalah kod-kod quizizz untuk subjek Bahasa Inggeris.Boleh jawab quiz sehingga 14/7/2019 sahaja..

Caranya:-
1) Pergi ke laman http://join.quizizz.com
2) Masukkan kod dibawah ?untuk mula menjawab kuiz.
English (Grammar) – Year 6
Idioms – 657957
Proverbs – 815376
Singular/Plural – 990718
Articles – 036881
Preposition – 060054

Penipuan zaman digital

Perkembangan teknologi adalah sangat baik untuk membantu menyelesaikan banyak masalah. Tapi, dalam masa yang sama banyak juga orang mengambil kesempatan untuk membuat penipuan. 

Minggu lepas, telefon rumah mak dapat panggilan kononnya ada saman daripada mahkamah. Suara mesin..  diminta tekan nombor jika hendak berurusan dengan pegawai. Nasib baik dah pesan dengan mak supaya jgn respi  apa2 dengan panggilan macam tu. Tapi..  kesian juga sebab mak jadi takut bila 3 kali panggilan yang sama berulang. 

Tengok ni Hebahan dari pihak PDRM tentang cara2 penipuan menerusi Phone atau sms atau whatsapp.. 

Hati-hati semua.

Kredit to PDRM

Hubungan silaturrahim antara adik-beradik

Saya dikongsikan cerita di bawah melalui whatsapp group pejabat. 

***Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama pnuh dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar sgt wow.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya.. Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. RUPA RUPANYA ALLAH BAGI LAGI BANYAK PADA SAYA BILA SAYA START TAK BERKIRA SANGAT DENGAN ADIK BERADIK SAYA… So khalil….. KALAU ADA ADIK BERADIK YG SUSAH BANTULAH MEREKA.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat U melimpah ruah..” ***

Tak pasti samada kisah ini benar atau tidak. Namun, saya sendiri percaya bahawa hubungan adik beradik itu sangat penting untuk dijaga. 

  • Ya, adik ada perangainya. 
  • Ya, kakak ada kisahnya.
  • Ya, abang ada kelakunya.

Tapi, saya percaya bahawa bertoleransi antara adik beradik itu adalah salah satu cara untuk kita taat kepada kedua ibu bapa kita. 

  • Jika adik kita bahagia… bahagialah ibu dan bapa
  • Jika abang kita sihat … tenanglah hati ibu dan bapa
  • Jika kakak kita ceria … gembiralah ibu dan bapa

Apa lagi jika kita yang tinggal sebumbung dengan ibu dan bapa kita. Itulah tempat berkumpul adik-beradik. Itulah tempat permainan anak2 saudara. Itulah tempat bercerita ipar dan dan duai.

  • Ada yg kurang tegurlah baik-baik, bukan dikata belakang.
  • Ada keperluan cerita elok-elok, dirungut kemudian.
  • Ada sumbangan niatlah sedekah buat ahli keluarga, jangan diungkit kemudian.

*YA ALLAH……. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama2 dalam syurga nanti..* 

*YA ALLAH…….. Rapatkan lah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik..* 

*YA ALLAH……. ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami.. Aamiin* 

Semoga Aidilfitri kali ini semakin mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kita semua sekeluarga. 

Motivasi 34

Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah.

image

Mudah-mudahan lidah ini senantiasa menuturkan yg baik-baik samada semasa mengajar, bengkel, kursus, mesyuarat, dan aktiviti sosial.

Motivasi 33

Mencari redha Allah… semoga menemui kemudahan dalam melaksanakan tugas harian.

image

Ingat mengingati sesama kita…

Motivasi 32

Jaga tutur kata kita.

image

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.