Motivasi 20

Kita selalu merancang untuk buat macam-macam perkara semasa menjalankan kajian. Contohnya :
Minggu ni nak siapkan bab 2
Minggu ni nak betulkan latarbelakang masalah
Minggu ni nak buat paper review…

Tapi selalunya ia hanya tinggal perancangan dan kemudiannya tinggal sebagai angan-angan.

To ensure success plan is…

motivasi20

alat bantu dalam penyelidikan sains sosial : mendeley atau Endnote

Semasa memulakan kajian penyeldikan Doktor Falsafah dulu (tahun 2006), saya tidak didedahkan dengan perisian pengurusan bibliografi seperti Endnote dan Mendeley. Semua rujukan dikumpul dan disimpan secara manual.

Semasa awal proses penyelidikan dulu, pengurusan bahan rujukan ini belum begitu popular di IPT Malaysia. Maklumat ini mula kami perolehi bila saya telah masuk ke semester 5 ( selepas pembentangan proposal) sedangkan pada masa itu rujukan telah sangat banyak dan Endnote hanya boleh memasukkan maklumat secara manual dan perlu buat attachment file pada setiap maklumat.

Saya buat juga proses memasukkan maklumat setiap rujukan yang saya ada bagi memudahkan penulisan. Alangkah lecehnya kerja memasukkan semula nama kertas kerja, jenis kertas kerja ( jurnal, proceeding, buku etc), nama penulis, tahun dan macam2 lagi maklumat lain. Tetapi, pada masa itu endnote hanya ada versi offline sahaja. Bermakna, saya perlu salin database endnote dalam setiap komputer yang saya gunakan untuk penulisan thesis.

Setelah tamat cuti belajar (kena naik semula bertugas), dan menukar mode pengajian kepada separuh masa, barulah saya berkenalan dengan Mendeley. Proses memasukkan bahan dalam mendeley juga lebih mudah dimana saya hanya perlu setkan folder rujukan saya sebagai watch folder pada mendeley. Oleh kerana ia berdasarkan web, dan keseluruhan kertas kerja saya telah simpan dalam dropbox, maka saya boleh mengakses kepada rujukan tersebut walau pada mana2 komputer sekalipun… mudahnya. Sebarang penanbahan dokumen akan terus dimasukkan dalam mendeley dan saya hanya perlu mengesahkan samada maklumat tersebut adalah benar atau tidak sahaja.

Citation yang dibuat menggunakan mendeley juga boleh diubah secara manual, berbanding endnote. Jadi, walaupun saya telah berada pada tempoh akhir penulisan, saya mengambil keputusan untuk bertukar kepada mendeley. Alhamdulillah, keputusan itu sememangnya yang terbaik saya buat sepanjang perlaksanaan kajian Phd.

Kini perisian Endnote sudah semakin baik dan telah ada versi web juga seperti mendeley. Oleh kerana UTM membeli perisian ini, ia boleh dimuatturun secara percuma dan boleh digunakan terus dalam pengurusan rujukan. Tapi, oleh kerana saya telah terbiasa dengan mendeley dan 1 Gigabyte data yang diberikan percuma, pada saya, ia adalah mencukupi untuk menampung rujukan phd saya.

Jadi adik2 dan kawan2 yang baru memulakan penulisan tesis sarjana atau phd, mulakanlah penulisan anda dengan perisian pengurusan rujukan dan bibliografi ini bagi memudahkan kerja anda. Tak kisahlah samada anda mahu guna endnote atau mendeley. Ia mungkin leceh di awal proses memasukkan senarai rujukan… tapi amat memudahkan bila proses penulisan dan rujukan semakin banyak.

Susah sekali… mudah banyak kali…

Kalau tak faham macamana nak guna mendeley, cuba rujuk link berikut.

http://drotspss.blogspot.com/2012/03/tajuk-326-mendeley-mendeley-citation