Kolokium di Universitas Muhammadiyah Jakarta

Alhamdulillah, pada 13 hingga 16 April yang lalu, saya dan 27 staf serta pelajar daripada UTM telah menghadiri kolokium di Universitas Muhammadiyah Jakarta. Kolokium ini mengkhususkan kepada perkongsian penyelidikan yang dijalankan di kedua-dua Institusi.

Kolokium ini lebih bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antarabangsa yang telah dimeterai menerusi MEMORANDUM OF UNDESTANDING diantara kedua-dua Institusi.

Pengisian kolokium kali ini melibatkan pembentangan kertas kerja, sesi soal jawab dan lawatan di beberapa buah sekolah di sini. Saya dan 2 pelajar Phd dibawah penyeliaan saya membentangkan 2 kertas kerja disini.

Selain perkongsian pengetahuan, kami juga berpeluang melawat ke beberapa destinasi yabg menarik di Jakarta seperti Tanah Abang dan Kota Tua.

Terima kasih atas hospitaliti pihak UMJ sepanjang rombongan kami di Jakarta termasuk menguruskan kenderaan dan makan terutamanya buat Ibu Cici. Semoga ada rezeki untuk datang lagi ke sini.