MOBILE LEARNING CONTENT APPS DEVELOPMENT COURSE

Hari ini, saya terlibat sebagai fasilitator bersama Dr Noor Azean Atan, Pengurus IT CTL dalam kursus Mobile Learning Content Apps Development. Lebih kurang 15 orang pensyarah yang mempunyai sedikit kemahiran dalam pembangunan laman web daripada pelbagai fakulti di UTM menyertai kursus ini.

Pengisian kursus adalah pengenalan kepada html5, jquery mobile script, github dan PhoneGap Build untuk membuat pakej aplikasi mobile yang boleh terus dimainkan menerusi telefon pintar atau tablet.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat bagi membangunkan aplikasi mudah alih mereka untuk keperluan pengajaran mahupun peribadi.