Siswa kurang hormat pensyarah

Saya menerima artikel menerusi facebook, whatsapp dan telegram daripada kawan2 mengenai artikel bertajuk “Siswa kini kurang hormat pensyarah, tidak berdikari”.

image

Sebagai pendidik, saya juga mengalami masalah yang sama. Tapi bukan dalam kalangan semua pelajar… ada segelintir kecil yang sedemikian. Masih ramai lagi pelajar yang baik dan hadir kuliah tepat pada masa. Bersungguh2 menyelesaikan tugasan yang diberi. Rajin bertanya dan hormatkan pensyarah walaupun saya ajar mereka satu subjek sahaja.

Pergantungan pelajar pada gadget, tidak dapat kita elakkan. Inilah dunia teknologi terkini… malah kita juga tidak lari daripada cara yang sama. Telefon kini bukan sekadar untuk panggilan suara dan sms sahaja. Keupayaan perkongsian grafik, video dan dokumen menyebabkan pelajar mudah bersosial dengan rakan2. Pelbagai aplikasi yg dulu hanya boleh dibuka di komputer, boleh digunakan hanya dengan telefon masing2.

Sebagai pendidik, perasaan kecewa mungkin boleh kita ganti dengan memikirkan jalan penyelesaian. Berikan  teguran dan bimbingan kepada mereka…sentiasa. Cuba cari jalan supaya gadget mereka boleh digunakan untuk pembelajaran. Mungkin mereka tak berubah semasa belajar dengan kita… ye… bukan mudah untuk berubah… tapi mudah2an pendekatan dan doa kita akan terus mengubah mereka menjadi lebih baik setelah graduan. Insya Allah.