kerja hujung minggu

Minggu ini, jadual kerja saya penuh dengan pelbagai tanggungjawab sehingga terpaksa ke pejabat hari Jumaat. Hari ini pula, saya ada mengajar pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam separuh masa (SPACE). Kelas bermula jam 8.30 pagi hingga ke pukul 4 ptg.

Diawal kelas, saya beritahu pelajar yang saya keletihan kerana minggu ini saya tiada cuti. Kisah saya dijawab oleh mereka dengan jawapan “samalah kami Dr… memang tak pernah ada cuti”.

Saya terus terkedu bila memikirkan mereka bekerja sepanjang minggu dan perlu hadir kuliah pada hujung minggu semata-mata untuk segulung ijazah bagi meningkatkan taraf hidup masing2. Bukan mereka tak pandai, hanya nasib yang kurang memberi peluang untuk mereka menyambung pengajian secara sepenuh masa. Faktor paling utama adalah ringgit.

Belajar separuh masa perlukan motivasi intrinsik yang sangat tinggi untuk terus memacu semangat mereka meneruskan pengajian. Bayangkanlah… jika bertahun2 tidak bercuti hujung minggu… sanggupkah kita. Saya hormati kecekalan mereka dan semoga semuanya akan berjaya menerima segulung ijazah 2 tahun lagi. Insya Allah.

image

Dah selesai ujian pertengahan semester mewakili 20% markah kerja kursus. Harap2 masa menanda nanti… bukan 0 yang perlu saya isi. Ya Allah… kau mudahkanlah perjalanan pengajian mereka ini. Aminnnn