masalah dengan perisian dropbox

Semenjak berkenalan dengan perisian dropbox, saya sudah kurang menggunakan pendrive atau thumbdrive kerana ia lebih memudahkan proses perkongsian. Saya mempunyai 1 komputer di pejabat, 1 komputer riba untuk kegunaan di rumah dan untuk kegunaan di kawasan luar serta iPad yang selalu saya gunakan di waktu luang atau semasa bermesyuarat.

Ketiga-tiga peralatan ini saya kongsikan kepada akaun Dropbox yang sama. Oleh kerana di pejabat ada talian internet menerusi kabel, dan di rumah saya mempunyai talian streamyx, maka proses synchronization adalah mudah dan kebarangkalian saya menggunakan fail yang tidak dikemaskini adalah kecil.

Selain itu, jika berlaku masalah seperti berikut berlaku,

1. Saya membuat satu fail bernama laporan.doc dan disimpan dalam komputer dipejabat.
2. Kemudian, saya akses di rumah dan membuat pengubahsuaian kepada fail tersebut.
3. Keesokan harinya, saya ke pejabat dan membuka fail laporan yang sama. Malangnya, line internet dipejabat ada masalah. Say terpaksa menyiapkan laporan tersebut, maka saya terus mengemaskini laporan dan menghantarnya ke pejabat pada hari hari yang sama.
4. Hari berikutnya, setelah talian internet pulih di pejabat, akan ada 2 fail bernama laporan.doc dan laporan conflict norah laptop.doc di dropbox saya.

Saya hanya perlu ingat yang mana satu terkini dan mana satu tidak. Saya boleh simpan keduanya atau padam salah satu daripadanya mengikut keperluan.

Masalah ini lebih kecil berbanding menggunaka pendrive atau thumbdrive yang kadangkala fail tersebut telah disalin semula daripada versi yang lama kepada versi yang baru. Pasti anda pernah mengalaminya.

Hari ini, di perpustakaan, saya tidak boleh mengakses penulisan thesis yang saya buat dipejabat semalam. Talian internet yang disediakan oleh YTL tidak beroperasi seperti selalunya. Maka, bagi mengelakkan kekeliruan, saya menulis ke dokumen yang baru dan InsyaAllah jika petang nanti di rumah akan saya gabungkan semula kepada thesis yang telah saya ubahsuai semalam.

Pepatah orang Tua

” Kita buat dia, bukan dia buat kita”