Hari inovasi Fakulti Pendidikan Semester 2 Sesi 2015/2016

Hari ini, saya terlibat sebagai juri untuk produk inovasi yang dipertandingkan dalam program ini.

Hari inovasi Fakulti Pendidikan merupakan program yang mengumpulkan pelbagai produk inovasi pelajar yang mengambil kursus Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (MPU1003) dan RekaCipta(SPPL4403).

image

Kursus ini membimbing pelajar mencipta pelbagai inovasi bagi membantu menyelesaikan masalah pembelajaran. Walaupun hanya 10 minggu dibimbing untuk membangunkan produk inovasi… jelas dilihat bahawa pelajar fakulti pendidikan, UTM sangat kreatif dan innovatif.

Sebagai salah seorang pensyarah di fakulti ini… saya rasa sangat bangga di atas kepelbagaian produk inovasi yang dihasilkan.

Lihat contoh2 produk dalam gambar2 berikut.

image

image

image

Ada 5 kumpulan penilai yang terdiri daripada pensyarah dan guru dilantik untuk membuat penilaian. Sebagai juri, saya dan 4 pensyarah lagi dikumpulkan bersama bagi menilai 17 produk pelajar. Kami menilai daripada jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari.

image

Bukan mudah untuk menilai. Banyak sangat yang hebat. Nak pilih 6 produk sahaja… memang mencabar tugas kami….

Alhamdulillah… kami putuskan secara jemaah… mana yang dapat sokongan majoriti, telah dipilih untuk menerima pingat emas, perak dan gangsa. Sedikit perbincangan apabila terdapat beberapa keputusan yang tidak selari. Keputusan meletak 5 juri dalam setiap kumpulan nampaknya membantu kami mencari persamaan.

image

Mudah-mudahan, keputusan yang kami ambil adalah yang terbaik buat pelajar-pelajar ini. Semoga semua pelajar berpuas hati dengan keputusan akhir pertandingan.

Yang paling penting, harapan pensyarah supaya kursus ini dapat mentransformasikan pelajar-pelajar ini menjadi lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif.