Hari Inovasi Fakulti Pendidikan, UTM kali ke 5

Fakulti Pendidikan, UTM telah berjaya mengadakan ย Hari Inovasi buat kali yang ke lima pada 21 Mei 2017, bertempat di Dewan Kolej Tunku Cancelor.

Pertandingan kali ini melibatkan 51 produk inovasi untuk pendidikan yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPPU1003 Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UTM PM Dr Azlina Mohd Kosnin.

PM Dr Azlina Kosnin

Tahniah kepada semua yang berjaya. Yang tidak berjaya… kami percaya anda telah memperolehi ilmu yang boleh dikongsikan dengan pelajar-pelajar dimasa depan.

Terima kasih juga buat semua Jawatankuasa yang telah berusaha untuk menjayakan majlis pada kali ini.

Ipeinx 2016

Hari ini, Fakulti Pendidikan UTM menganjurkan pertandingan inovasi peringkat kebangsaan. Terdapat penyertaan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dan sekolah melibatkan 120 penyertaan keseluruhannya.

image

Tahniah kepada semua pemenang pertandingan kali ini. Tahniah juga kepada sekretariat yang memastikan kelancaran majlis sepanjang hari ini. Saya tak berpeluang untuk menyertai kerana faktor masa. Harap2 berpeluang tahun depan. InsyaAllah.