Fakulti Pendidikan, UTM telah berjaya mengadakan ย Hari Inovasi buat kali yang ke lima pada 21 Mei 2017, bertempat di Dewan Kolej Tunku Cancelor.
Pertandingan kali ini melibatkan 51 produk inovasi untuk pendidikan yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPPU1003 Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UTM PM Dr Azlina Mohd Kosnin.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Yang tidak berjaya… kami percaya anda telah memperolehi ilmu yang boleh dikongsikan dengan pelajar-pelajar dimasa depan.
Terima kasih juga buat semua Jawatankuasa yang telah berusaha untuk menjayakan majlis pada kali ini.