Balancing my life

Watching this video really made my day. Most of the time, I feel that I am not a good mother, daughter or even wife. Never ended work at home and office… i don’t know how other people balancing their lives.

But… maybe… just maybe… they are just like me.

Check out the video by Kristina Kuzmic …

https://www.facebook.com/KristinaKuzmic/posts/1837232366340473

I’m not perfect. Please don’t judge when I need to put down some plate for a couple of hour to give priority to other plate.

Kursus penulisan kreatif di N24

Sebagai pengajar… kita perlu sentiasa cuba meningkatkan pengetahuan. Maka hari ini saya menghadiri kursus penulisan kreatif anjuran HEK UTM.

Kursus disampaikan oleh En Mohamad Letfee Ahmad, Ketua Penerbitan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Bernama News Channel.

Kena fokus 2 hari ini. Semoga ilmu yang diperolehi nanti dapat dimanfaatkan untuk kerjaya pada masa akan datang.

Feeling emotional

Minggu ni rasa down sikit pasal kerja. Baru nak rasa happy bila bos tak jadi berenti… cerita lain pulak jadi.

Biasalah bila bekerja dengan org daripada jabatan yang lebih tinggi … they expect the best. Tapi nature kerja melibatkan design dan multimedia sangat subjektif. Setiap satu perubahan melibatkan masa yang lama. Jadi, kalau dah diberi cadangan design tu, cepat2lah komen. Ini tak, dah sebulan bagi… lagi seminggu nak majlis boleh pulak dia reject. Komen macam tak fikirkan perasaan org pulak tu… 

Walaupun yg kena bukan aku… lukanya terasa sekali. Sebab design itu akan berkait dengan semua benda… backdrop, buku program, montaj, tema… 

Kalau nak tegur pun.. biarlah berhemah. Well… roda tu bulat kan. Semoga hati ini terus tabah menerima teguran… Astaghfirullahhal adzim.

Bengkel High-impact Journal Writing & Publishing

Hari ini merupakan hari terakhir bengkel penulisan journal berimpak tinggi yang dianjurkan oleh CCISUM, Universiti Malaya. Bengkel ini disampaikan oleh Prof Dr Low Wah Yun, Head of Research Management Center, UM. Pengisian 2 hari ini mengkhususkan kepada tips yang perlu diketahui oleh penulis sebelum menghantar kertas kajian yang original dari perspektif editor.

Salah satu aktiviti semasa bengkel

Perbincangan secara kolaboratif yang sangat menarik

Banyak input yang diterima dalam bengkel 2 hari ini dari segi struktur ayat, format dan bahasa. Semoga lepas ini dapatlah dihantar kertas kerja ke penerbit jurnal berimpak dan diterima.

Ditemani oleh mereka berdua… dengan KPI kertas kerja sorang satu hihihi…

kembali bertugas

Alhamdulillah, cuti raya tahun ni serentak dengan cuti semester. Jadi, dapatla kami pensyarah dan staf bukan akademik bercuti panjang sikit. Setelah cuti panjang raya tahun ni, hari ni kena naik kerja dan kena start buat kerja yang dijanjikan. First step adalah, bersihkan bilik yang lama kena tinggal semasa kat ke pejabat lama.

Langkah 1 : buang semua surat, dokumen, kertas rujukan dan pelbagai barang yang telah tidak diperlukan lagi.

Fasa ni memang lama. Nak kena tengok setiap dokumen dan timbang tara samada ia penting untuk disimpan atau tidak.

Pastikan anda sediakan kotak dan plastik untuk buang segala bahan yang semakin memenuhkan bilik, ye.

Langkah 2: susun semula dokumen ke dalam fail atau ruangan yang mudah diakses jika diperlukan semula.

Sila pastikan ada tanda nama pada fail supaya senang nak cari semula. Tapi kadang-kadang, selepas susun pun, susah juga nak cari. Jangan lupa, sediakan ruang kosong untuk isi dokumen baru lepas ni pula…

Langkah akhir : Bersihkan habuk dimeja, lantai dan kawasan sekitar bilik.

Kesian bilikku ini… lama tak dipedulikan. Masa student ajak amik gambar masa hantar thesis sem lepas… kami ambil gambar close up je. Sembunyikan segala clutter kat bilik aku ni… hihihi

Ni, kalau tak…. penuh dengan kertas jek.

Nasib baik dah beli pc ni. Kalau tak… terpaksalah aku mengangkut laptop gi kerja hari-hari. Tak larat dah bahu ni nak mengangkat bag…

Dah kosong dan kemas… Susunatur bilik…. lain kalilah. Penat dah ni.

Harap-harap, boleh membantu aku menghayati tugas dengan lebih baik. InsyaAllah.