Tanggungjawab baru

Semenjak 1 Jun 2019, saya telah diberikan tanggungjawab baru sebagai Timbalan Pengerusi (Pembangunan Sistem dan Profesional) di Sekolah Pengajian Siswazah UTM.

Skop tugas di sini adalah agak berbeza jika dibandingkan dengan tugas sebelum ini sebagai Pengurus IT. Hanya pengalaman sebagai Pensyarah yang membantu saya serba sedikit dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, rakan2 banyak membantu saya memahami tugas disini walaupun saya belajar banyak benda baru setiap hari.

Baru 2 bulan di sini… banyak lagi yang saya kena usahakan untuk memahami dan membuat keputusan. Semoga dimudahkan urusan bagi membantu melaksanakan tugas.

“Kerana Tuhan, untuk Manusia”

Integrity, Synergy, Excellence, Sustainability

Majlis Jamuan Sempena Kenaikan Pangkat Staf Sekolah Pendidikan

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_testimonial _builder_version=”3.21.1″ quote_icon_background_color=”#f5f5f5″ z_index_tablet=”500″ portrait_url=”https://people.utm.my/norah/wp-content/uploads/sites/558/2019/04/me-small.jpg”]

Alhamdulillah, rezeki hari ni dapat belanja daripada rakan-rakan yang dapat kenaikan pangkat ke jawatan Prof Madya dan Profesor.

Menjadi satu kebiasaan rakan-rakan yang mendapat kenaikan pangkat di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan untuk belanja makan rakan-rakan staf lain. Berkongsi rezeki disamping mengeratkan silaturrahim. Cuma, kali ni lebih istimewa, kerana kami di jamu di Restoran Bunga Lawang dimana makanan yang dimasak adalah hasil daripada pelajar kami sendiri yang mengambil kursus Ijazah Pendidikan Jurusan Kemahiran Hidup.      

Hiasan, susunatur, kualiti makanan adalah setanding Restoran mewah. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar-gambar yang saya share kat bawah ini.

[/et_pb_testimonial][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row][et_pb_column type=”1_4″][/et_pb_column][et_pb_column type=”3_4″][et_pb_gallery _builder_version=”3.21.1″ gallery_ids=”1740,1741,1742,1743,1744″ posts_number=”3″ show_title_and_caption=”off” hover_overlay_color=”rgba(255,255,255,0.9)” z_index_tablet=”500″ /][et_pb_text _builder_version=”3.21.1″ z_index_tablet=”500″]

Terima kasih daun keladi…

1. Prof. Dr. Hamdan Said
2. Prof. Dr. Zaleha Ismail
3. Prof. Madya Dr. Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said
4. Prof. Madya Dr. Zainudin Hassan
5. Prof. Madya Dr. Adnan Ahmad
6. Prof. Madya Dr. Sanitah Mohd Yusof
7. Prof. Madya Dr. Narina Abu Samah
 
Tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut dan ucapan ribuan terima kasih di atas tajaan serta didoakan semoga dimurahkan rezeki berpanjangan.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]