Tanggungjawab baru

Semenjak 1 Jun 2019, saya telah diberikan tanggungjawab baru sebagai Timbalan Pengerusi (Pembangunan Sistem dan Profesional) di Sekolah Pengajian Siswazah UTM.

Skop tugas di sini adalah agak berbeza jika dibandingkan dengan tugas sebelum ini sebagai Pengurus IT. Hanya pengalaman sebagai Pensyarah yang membantu saya serba sedikit dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, rakan2 banyak membantu saya memahami tugas disini walaupun saya belajar banyak benda baru setiap hari.

Baru 2 bulan di sini… banyak lagi yang saya kena usahakan untuk memahami dan membuat keputusan. Semoga dimudahkan urusan bagi membantu melaksanakan tugas.

“Kerana Tuhan, untuk Manusia”

Integrity, Synergy, Excellence, Sustainability