Seminar Teknikal Kebangsaan 2022

Seminar Teknikal Kebangsaan merupakan gabungan antara Jawatankuasa Penolong Jurutera KKAUTM dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU). Tujuan utama Seminar ini di adakan untuk memantapkan dan memperluaskan lagi ilmu bagi kemahiran teknikal dalam bidang masing – masing.

Perkongsian seumpama ini mendapat sambutan daripada pelbagai pihak. Seminar ini bertempat di Dewan Jumaah, Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur. Seminar Teknikal Kebangsaan ini diadakan pada 2 & 3 November 2022. Program ini juga merupakan satu program perkongsian ilmu teknikal berasaskan sains dan teknologi.

Kategori pembentangan ialah :

 i- Booth Pameran

ii- Pembentangan

iii- Pembentangan Lisan

iv- Peserta Pemerhati

2 NOVEMBER 2022

Aktiviti bersama komuniti setempat iaitu pertandingan berwarna terdiri daripada 26 orang kanak-kanak tadika Little Caliph Jalan Gurney sebagai tetamu jemputan. Mereka adalah pewaris & permata negara..

3 NOVEMBER 2022

10 Pelajar SRI telah menyertai pertandingan ini.Kreativiti & Presention yang terbaik akan di nobat sebagai pemenang. Terima Kasih kepada penaja hadiah utama. Kami amat kagum dengan bakat yang siswa & siswi miliki. Teruskan perjuangan . Universiti perlu warga seperti anda…Syabas….. ayuh permata Negara….

Syukur Alhamdulillah program NATECS’ 2022 berakhir dengan kenangan terindah….. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada staf UTMKL & UTMJB, yang sentiasa bekerjasama bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik… ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta yang hadir dan semua yang menyokong serta menjayakan program ini.

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada para penaja yang sudi menyumbang pelbagai hadiah, makanan, minuman kuih – muih dan sebagainya bagi memeriahkan lagi seminar ini. Hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran di atas segala keprihatian dan kebaikan anda semua…..”Ajaibnya sedekah semakin bersedekah semakin kaya