Cukai Pendapatan Tahun 2013

Cukai Pendapatan tahun 2013 perlu dikemaskini dalam sistem E-Filing bermula Mac 2014 . Setiap Orang dikehendaki melengkapkan maklumat cukai pendapatan bagi sebelum tarikh tutup pada 30 April 2014 bagi taksiran tahun 2013. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan seseorang dikenakan panelti maksimum sebanyak 25% daripada nilai taksiran cukai.

Setiap staf perlu berbuat demikian terutama sekali bagi staf yang telah mempunyai file cukai pendapatan atau telah dikenakan potongan Cukai Bulanan pada slip gaji mereka. Potongan cukai bulanan bukan bermakna seseorang itu selesai urusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri tetapi mereka perlu membuat taksiran dan membayar bayaran cukai tambahan sekiranya taksiran dikenakan cukai lebih tinggi daripada jumlah cukai PCB pada akhir tahun

  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *