Penutupan RADIS 3.0 dan Penggunaan RADIS 4.0

Modul Pengurusan Geran dalam RADIS 3.0 dijangka ditutup sepenuhnya dan beralih ke RADIS 4.0 selepas penyelenggaran ini. Penyelidik boleh membuat capaian ke RADIS 4.0 melalui pautan: https://newradis.utm.my Para penyelidik juga diharapkan dapat mengemukakan sebarang maklumbalas mengenai capaian RADIS 4.0 termasuklah masalah teknikal kepada UTM Research Computing melalui saluran komunikasi berikut:
Tel : +60122578727


Helpdesk : researchsupport.utm.my

Perhatian dan Kerjasama dari semua warga penyelidik UTM didahului dengan ucapan terima kasih.

PEMBELIAN PERABOT

Jabatan Bendahari mengeluarkan pemakluman pembelian perabot atau berunsurkan perabot perlu mendapat kelulusan Jabatan Bendahari UTM termasuk pembelian bagi penyelidikan dan perkara ini berkuatkuasa serta merta. Pemakluman ini telah dimuat naik di email staf pada 20 Oktober 2020

Perolehan yang melibatkan perabot yang tidak melalui Jabatan Harta Bina diarahkan untuk tidak diproses oleh Jabatan Bendahari seperti email pemakluman daripada Jabatan Berkenaan pada 20 Oktober 2020. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada En Shalan Bin Talib ; shalan@utm.my atau En Aizat Fahmi Bin Ahmad ; aizatfahmi@utm.my dari Jabatan Harta Bina. Pemakluman di Rrmc-rnd-net-group telah dihantar pada 25 Oktober 2020