Penutupan Lot Parkir Di Dewan Sultan Iskandar Dan Masjid Sultan Ismail Bagi Majlis Konvokesyen Ke-66 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Sr. / Dr. / Tuan,  
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-66 bermula pada 21 November 2022 (Isnin) hingga 26 November 2022 (Sabtu).
Sehubungandengan itu, dimaklumkan bahawa penutupan kawasan parkir Rizab DSI akan dilakukan pada tarikh berkenaan bermula jam 6.30 pagi hingga 5.00 petang bagi memberi laluan kepada Majlis Konvokesyen ke-66 UTM yang akan diadakan di  Dewan Sultan Iskandar.
 
Segala kerjasama dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Sr. / Dr. / Tuan,  dalam perkara ini kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Bersama ini, dilampirkan peta kampus yang menunjukkan kawasan yang berkenaan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.