PENUTUPAN PEMBELIAN/ PEROLEHAN PENYELIDIKAN UTM BAGI TAHUN 2021

Dimaklumkan semua urusan permohonan pembelian/ perolehan penyelidikan pada tahun 2021 bagi peruntukan dana Universiti Penyelidikan (Q), dana Penyelidikan (R) akan ditutup pada 15 Disember 2021 (Rabu) jam 5.00 petang bagi pembelian melebihi RM 5,000.00 yang menggunakan pesanan tempatan sama ada Pembelian terus, Sebutharga dan tander serta rundingan terus.  Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2022.

Modul Perolehan (Selain Dana Mengurus) dalam Sistem Kewangan Universiti akan ditutup pada 15 Disember 2021 (Rabu) jam 5.00 petang. PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Disember 2021.

Permohonan pembelian bagi peruntukan dana Amanah (A), Pembangunan (D), dana Universiti Penyelidikan (Q) dan dana Penyelidikan (R) yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 15 Disember 2021 (Rabu) jam 5.00 petang termasuklah urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.5. Ringkasan tarikh terakhir permohonan pembelian mengikut jenis dana peruntukan adalah seperti di Lampiran 1. Perhatian dan kerjasama daripada Y. Bhg. Prof/ Saudara berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
                                                                                                                            LAMPIRAN 1 

TARIKH AKHIR PERMOHONAN PEMBELIAN BAGI TAHUN 2021

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bil.Jenis PeruntukanTarikh Penutupan Pengeluaran PT Masa
1Mengurus (U)30 November 2021 (Selasa)5.00 petang
2.Amanah (A)15 Disember 2021(Rabu)5.00 petang
3Pembangunan (D)15 Disember 2021(Rabu)5.00 petang
4Universiti Penyelidikan (Q)15 Disember 2021(Rabu)5.00 petang
5.Penyelidikan (R)15 Disember 2021(Rabu)5.00 petang