PERINGATAN MESRA: SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.3 TAHUN 2019 – PERINGATAN DAN PEMATUHAN PERATURAN KEWANGAN BERKAITAN PEMBAYARAN

Assalammualaikum W.R.T & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr /Tuan/Puan/Saudara,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari telah mengeluarkan Surat Pekeliling Bendahari Bil.3 Tahun 2019 bertarikh 24 Februari 2019 seperti di lampiran.

  1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi peringatan mengenai pematuhan peraturan pembayaran yang perlu dipatuhi di Universiti Teknologi Malaysia. Peraturan bagi tempoh tuntutan pembayaran adalah seperti berikut:

Penutupan Lot Parkir Di Dewan Sultan Iskandar Dan Masjid Sultan Ismail Bagi Majlis Konvokesyen Ke-66 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Sr. / Dr. / Tuan,  
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-66 bermula pada 21 November 2022 (Isnin) hingga 26 November 2022 (Sabtu).
Sehubungandengan itu, dimaklumkan bahawa penutupan kawasan parkir Rizab DSI akan dilakukan pada tarikh berkenaan bermula jam 6.30 pagi hingga 5.00 petang bagi memberi laluan kepada Majlis Konvokesyen ke-66 UTM yang akan diadakan di  Dewan Sultan Iskandar.
 
Segala kerjasama dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Sr. / Dr. / Tuan,  dalam perkara ini kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Bersama ini, dilampirkan peta kampus yang menunjukkan kawasan yang berkenaan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
 

BC4DCP – Baseline competencies for differentiated career pathway 2022

Baseline competencies for differentiated career pathway i.e. kompetensi asas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pensyarah baru di UTM.  Ini akan diikuti dengan PTM, Program Transformasi Minda i.e. orientasi untuk staf baru UTM.  Lulus keduanya, nah, baru sah jawatan.

Komponen Dalam BC4DCP

Slide : Taklimat Kewangan Penyelidikan 

 

 

 

Pemakluman E-mel rasmi Bahagian Pengurusan Bayaran Emolumen dan Pinjaman, Jabatan Bendahari

Bahagian Pengurusan Bayaran Emolumen dan Pinjaman, Jabatan Bendahari telah mewujudkan alamat email khas untuk digunakan bagi urusan emolumen, arahan potongan gaji bulanan oleh agensi luar/jabatan di dalam UTM, pinjaman staf dan elaun-elaun yang berkaitan dengan emolumen iaitu:
 
 
 

Warga UTM boleh menghubungi Bahagian Bayaran Emolumen dan Pinjaman melalui email yang dinyatakan di atas.

Senarai diatas juga menyenaraikan nombor-nombor sambungan yang boleh dihubungi bagi pelbagai urusan emolumen dan pinjaman staf untuk rujukan semua

Pentingkah Penyata Kewangan Penyelidikan?

Ini Merupakan inisiatif Seksyen kewangan RMC kepada Penyelidik UTM Khususnya untuk menjelaskan dan memberi penerangan asas  dan pengurusan Penyata Kewangan di Universiti Teknologi Malaysia. 

Taklimat ini adalah anjuran daripada UTM Talent Transformation Canter (TTC) kepada semua staf yang menguruskan kewangan penyelidikan sama ada penyelidik daripada staf akademik mahupun penyelidik daripada staf Profesional dan pelaksana serta PTJ yang menguruskan penyata kewangan ] penyelidikan 

Kursus ini dibuat sekali setahun dan memberi ruang kepada penyelidik muda dan penyelidik senior dan penyelidik lagenda untuk refresh semula Semakan Penyata Kewangan  penyelidikan. Kursus ini dibuat secara atas talian berikutan ketika ini pandemik sedang melanda UTM dan seluruh negara. 

SLIDE PENYATA KEWANGAN PENYELIDIKAN 

Tanggungjawab Penyelidik/Staf Apabila Tamat Geran Penyelidikan Atau Tamat Perkhidmatan

Ini Merupakan inisiatif Seksyen kewangan RMC kepada Penyelidik UTM Khususnya untuk menjelaskan dan memberi penerangan asas  dan pengurusan Harta penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia. 

Taklimat ini adalah anjuran daripada UTM Talent Transformation Canter (TTC) kepada semua staf yang menguruskan kewangan penyelidikan sama ada penyelidik daripada staf akademik mahupun penyelidik daripada staf Profesional dan pelaksana serta PTJ yang menguruskan harta berkaitan penyelidikan 

Kursus ini dibuat sekali setahun dan memberi ruang kepada penyelidik muda dan penyelidik senior dan penyelidik lagenda untuk refresh semula prosedur perolehan penyelidikan. Kursus ini dibuat secara atas talian berikutan ketika ini pandemik sedang melanda UTM dan seluruh negara. 

SLIDE TAKLIMAT HARTA PENYELIDIKAN 

Pengurusan Ap 59 Dan Kesan Dalam Kewangan Penyelidikan Serta Impak Pada Penyelidik/Staf

Ini Merupakan inisiatif Seksyen kewangan RMC kepada Penyelidik UTM Khususnya untuk menjelaskan dan memberi penerangan asas  dan pengurusan AP 59  penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia. 

Taklimat ini adalah anjuran daripada UTM Talent Transformation Canter (TTC) kepada semua staf yang menguruskan kewangan penyelidikan sama ada penyelidik daripada staf akademik mahupun penyelidik daripada staf Profesional dan pelaksana serta PTJ yang menguruskan AP 59 berkaitan penyelidikan 

Kursus ini dibuat sekali setahun dan memberi ruang kepada penyelidik muda dan penyelidik senior dan penyelidik lagenda untuk refresh semula prosedur perolehan penyelidikan. Kursus ini dibuat secara atas talian berikutan ketika ini pandemik sedang melanda UTM dan seluruh negara. 

SLIDE TAKLIMAT AP59 PENYELIDIKAN 

Taklimat Perolehan Penyelidikan 2021

Ini Merupakan inisiatif Seksyen kewangan RMC kepada Penyelidik UTM Khususnya untuk menjelaskan dan memberi penerangan asas  dan pengurusan perolehan penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia. 

Taklimat ini adalah anjuran daripada UTM Talent Transformation Canter (TTC) kepada semua staf yang menguruskan kewangan penyelidikan sama ada penyelidik daripada staf akademik mahupun penyelidik daripada staf Profesional dan pelaksana serta PTJ yang menguruskan perolehan berkaitan penyelidikan 

Kursus ini dibuat sekali setahun dan memberi ruang kepada penyelidik muda dan penyelidik senior dan penyelidik lagenda untuk refresh semula prosedur perolehan penyelidikan. Kursus ini dibuat secara atas talian berikutan ketika ini pandemik sedang melanda UTM dan seluruh negara. 

SLIDE PEROLEHAN PENYELIDIKAN 

Peringatan Mesra : Tarikh Akhir Dan Panduan Mengemukakan Tuntutan Perbelanjaan Serta Penutupan Panjar Wang Runcit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara,

Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas

  1. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir mengemukakan tuntutan pembayaran dan Penutupan Penyata Panjar Wang Runcit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:

Bil.

Perkara

Tarikh Penutupan

1.

 

Tuntutan Bayaran di sistem UTMFin bagi Semua Peruntukan (Bajet : U, A, R, Q, D )

 

8 Disember 2022

(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)

2.

Penutupan Panjar Wang Runcit

3.

 

 

Pendahuluan (Perjalanan dan Pelbagai)




Dibekukan mulai

9 – 31 Disember 2022

(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)


4.

Penghantaran dokumen bayaran ke Pejabat Pembayar

 

Sebelum atau pada

14 Disember 2022

(Jam 12.00 Tengahari)

(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)

 

 

  1. Sehubungan dengan itu pihak Fakulti/Bahagian/Jabatan/Ketua Projek Penyelidikan diminta untuk memberi perhatian kepada Panduan yang dilampirkan. Semua tuntutan pembayaran untuk tahun 2022 bagi kerja yang disempurnakan dan perkhidmatan atau barang/peralatan yang telah diterima pada tahun semasa hendaklah dikemukakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan untuk membolehkan pembayaran diproses dan direkodkan pada tahun semasa. Bagi geran penyelidikan, mohon rujuk kepada tadbir urus geran penyelidikan yang berkaitan.dan perkara diatas adalah masih terpakai.

               Diharap perkara ini dalam makluman dan tindakan semua. Kerjasama semua dalam perkara ini amatlah diharapkan

Sekian, Terima Kasih