Dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari telah mengeluarkan Surat Pekeliling Bendahari Bil.3 Tahun 2019 bertarikh 24 Februari 2019 seperti di lampiran.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi peringatan mengenai pematuhan peraturan pembayaran yang perlu dipatuhi di Universiti Teknologi Malaysia. Peraturan bagi tempoh tuntutan pembayaran adalah seperti berikut:
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-66 bermula pada 21 November 2022 (Isnin) hingga 26 November 2022 (Sabtu).
Sehubungandengan itu, dimaklumkan bahawa penutupan kawasan parkir Rizab DSI akan dilakukan pada tarikh berkenaan bermula jam 6.30 pagi hingga 5.00 petang bagi memberi laluan kepada Majlis Konvokesyen ke-66 UTM yang akan diadakan di Dewan Sultan Iskandar.
Segala kerjasama dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Sr. / Dr. / Tuan, dalam perkara ini kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Bersama ini, dilampirkan peta kampus yang menunjukkan kawasan yang berkenaan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Bahagian Pengurusan Bayaran Emolumen dan Pinjaman, Jabatan Bendahari telah mewujudkan alamat email khas untuk digunakan bagi urusan emolumen, arahan potongan gaji bulanan oleh agensi luar/jabatan di dalam UTM, pinjaman staf dan elaun-elaun yang berkaitan dengan emolumen iaitu:
Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas
Dimaklumkan bahawa tarikh akhir mengemukakantuntutan pembayaran dan Penutupan Penyata Panjar Wang Runcit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:
Bil.
Perkara
Tarikh Penutupan
1.
Tuntutan Bayaran di sistem UTMFin bagi Semua Peruntukan (Bajet : U, A, R, Q, D )
8 Disember 2022
(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)
2.
Penutupan Panjar Wang Runcit
3.
Pendahuluan (Perjalanan dan Pelbagai)
Dibekukan mulai
9 – 31 Disember 2022
(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)
4.
Penghantaran dokumen bayaran ke Pejabat Pembayar
Sebelum atau pada
14 Disember 2022
(Jam 12.00 Tengahari)
(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)
Sehubungan dengan itu pihak Fakulti/Bahagian/Jabatan/Ketua Projek Penyelidikan diminta untuk memberi perhatian kepada Panduan yang dilampirkan. Semua tuntutan pembayaran untuk tahun 2022 bagi kerja yang disempurnakan dan perkhidmatan atau barang/peralatan yang telah diterima pada tahun semasa hendaklah dikemukakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan untuk membolehkan pembayaran diproses dan direkodkan pada tahun semasa. Bagi geran penyelidikan, mohon rujuk kepada tadbir urus geran penyelidikan yang berkaitan.dan perkara diatas adalah masih terpakai.
Diharap perkara ini dalam makluman dan tindakan semua. Kerjasama semua dalam perkara ini amatlah diharapkan
Dimaklumkan semua urusan permohonan pembelian/ perolehan penyelidikan pada tahun 2021 bagi peruntukan dana Universiti Penyelidikan (Q), dana Penyelidikan (R) akan ditutup pada 15 Disember 2021 (Rabu) jam 5.00 petang bagi pembelian melebihi RM 5,000.00 yang menggunakan pesanan tempatan sama ada Pembelian terus, Sebutharga dan tander serta rundingan terus. Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2022.
Modul Perolehan (Selain Dana Mengurus) dalam Sistem Kewangan Universiti akan ditutup pada 15 Disember 2021 (Rabu) jam 5.00 petang. PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Disember 2021.
Permohonan pembelian bagi peruntukan dana Amanah (A), Pembangunan (D), dana Universiti Penyelidikan (Q) dan dana Penyelidikan (R) yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 15 Disember 2021 (Rabu) jam 5.00 petang termasuklah urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.5. Ringkasan tarikh terakhir permohonan pembelian mengikut jenis dana peruntukan adalah seperti di Lampiran 1. Perhatian dan kerjasama daripada Y. Bhg. Prof/ Saudara berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. LAMPIRAN 1
Dimaklumkan Pusat Pengurusan Penyelelidikan (RMC) beroperasi seperti biasa dalam tempoh PKP 3.0 sehingga dimaklumkan kelak oleh pihak UTM dan pihak Kerajaan Malaysia bagi sebarang perubahan Standard Operating Prosedure (SOP). Untuk sebarang pertanyaan atau sebarang perkara berkaitan penyelidikan boleh merujuk kepada gambar dibawah. Segala Kesulitan dalam Perkara ini amatlah dikesali. Pihak Kami Cuba sebaik mungkin untuk membantu saudara/saudari
10 Disember 2020 : Tarikh Pemohonan Baru 17 Dec 2020 (Khamis) : Tarikh akhir penyelidik menghantar semula (Resubmit) tuntutan bayaran yang dipulangkan (Return) melalui Sistem Online Claim (RADIS):
2.
Panjar Wang Runcit
3
Perolehan (Penyelidikan )
10 Disember 2020 : Tarikh Akhir pemohonan baru
4.
Pendahuluan (Perjalanan dan Pelbagai)
Dibekukan mulai11 – 31 Disember 2020(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)
5.
Penjanaan Bil Tuntutan
UTMJB – 10 Disember 2020UTMPAGOH – 10 Disember 2020UTMKL – 11 Disember 2020
56
Pungutan Hasil/Kupon/Amanah dan Wang Tunai
24 Disember 2020(12:00 tengah hari)(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas dan email sebelum ini berkaitan penutupan dan tarikh akhir pemohonan tuntutan bayaran dan perolehan bagi tahun 2020 dan pemakluman secara terus oleh Jabatan Bendahari UTM dan bahagian Kewangan RMC bertarikh bertarikh 24 November 2020 dan 30 November 2020 serta 2 Disember 2020 . Perkara ini juga merujuk kepada keputusan mesyuarat penutupan akaun UTM yang diluluskan diperingkat Jabatan Bendahari UTM.
Dimaklumkan merujuk kepada pemakluman yang dinyatakan tarikh pembukaan semua tuntutan bayaran dan perolehan bagi tahun 2021 adalah mulai
Jenis Geran
Kod Bajet
Tarikh Buka Pemohonan
Catatan
Geran Mengurus
U
11/1/2021
Di buka selepas selesai Agihan peruntukan
Geran Penyelidikan
Q & R
7/1/2021
Dibuka selepas selesai Proses Teknikal perubahan tahun
Lain -Lain Geran
A & D
7/1/2021
Dibuka selepas selesai Proses Teknikal perubahan tahun
RMC-RND-NET-GROUP
Untuk makluman semua , sebarang perubahan pembukaan tuntutan atau pemohonan adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan Jabatan Bendahari UTM dan keadaan sistem UTMFin. Untuk sebarang pertanyaan sekiranya pembukaan lewat dari tarikh yang dinyatakan boleh berhubung terus dengan En Nasimin Bin Ngadi sebagai pegawai bertanggungjawab di Jabatan Bendahari UTM (nasimin@utm.my) bagi urusan sistem.
Diharap perkara ini dalam makluman dan tindakan semua . Kerjasama semua dalam perkara ini adalah diharapkan. Segala kesulitan dalam perkara ini adalah amat dikesali.
Modul Pengurusan Geran dalam RADIS 3.0 dijangka ditutup sepenuhnya dan beralih ke RADIS 4.0 selepas penyelenggaran ini. Penyelidik boleh membuat capaian ke RADIS 4.0 melalui pautan: https://newradis.utm.my Para penyelidik juga diharapkan dapat mengemukakan sebarang maklumbalas mengenai capaian RADIS 4.0 termasuklah masalah teknikal kepada UTM Research Computing melalui saluran komunikasi berikut: Tel : +60122578727
Helpdesk : researchsupport.utm.my
Perhatian dan Kerjasama dari semua warga penyelidik UTM didahului dengan ucapan terima kasih.