Dimanakah Kita ?

Sering sembang .. Hanya al-quran dan Hadis yang tidak boleh diubah, peraturan adalah itu adalah diciptakan manusia. Namun terkadang terpikir adakah peraturan itu sengaja diciptakan untuk membataskan sesuatu?

Mengikut pendapatku, peraturan yang diciptakan oleh manusia pasti ada kekurangannya dan ianya bukanlah diciptakan secara sesuka hati namun untuk mengawal tingkahlaku manusia itu sendiri.

Jangan hanya berteriak yang peraturan itu menyusahkan kerana anda sendiri tidak memakai kasut orang yang memikirkan untuk menyediakan peraturan berkenaan dan jangan hanya berteriak yang manusia itu tidak ingin membantu, walhal pelbagai dugaan dan cabaran ditempuh oleh mereka.

Ingatlah manusia.. sesungguhnya peraturan yang perlu dipinda memerlukan masa untuk disesuaikan dan ingatlah juga manusia yang mempunyai kuasa meminda peraturan itu perlu dilihat secara keseluruhan. jadilah seperti rama-rama yang nyawanya singkat tetapi dapat melihat secara keseluruhan alam dan bersinar sebagai simbol yang cantik . Janganlah jadi kepomopong sahaja dan tidak berkembang menjadi rama-rama dan akhirnya mati dalam kepompong. Begitu juga ketika anda mempunyai kuasa meminda peraturan, bertindaklah sebagai penggerak dan melibatkan pelbagai pihak terutama sekali yang melibatkan perkara yang engkau sendiri tidak memahami persekitarannya.

Oleh yang demikian hayatilah video di atas ini sebagai simbolik dimanakah anda.

Mengenal Diri , Alam dan Tuhan

Mengenal ilmu diri dan tuhan

Manusia datangnya daripada perkataan arab Nisyan iaitu pelupa. Kita sebagai manusia sering lupa dengan seruan tuhan kerana iman manusia itu ada naik turunnya.Sebagai contoh dikala manusia itu dalam musibah, maka dirinya akan rapat kepada tuhan dan meminta kepadanya tetapi ketika dilimpahkan kesenangan dan kemewahan maka sedikit alpa itu wujud, Oleh itu sebagai peringatan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat yang sebenarnya ilmu atau apa sahaja yang kita ada sebenarnya adalah tiada. Maka dengan itu , kita perlu mengenal diri sendiri dimana pada hakikatnya manusia tidak mempunyai apa-apa sekalipun.

Ilmu kepakaran yang kita ada perlu dimanfaatkan untuk membantu sesama manusia atau alam ini. Sekiranya kita merasakan hebat dengan ilmu yang kita ada maka kita perlu tenang dan kembali kepada hakikat sebenarnya kita ini hanya ada jasad dan roh yang sebenarnya datangnya dari tuhan pencipta alam yang satu yang tidak mampu ditandingi dan penuh dengan kasih sayang yang tidak terhingga

Sebagai mukhadimah pembukaan tajuk baru post mari kita hayati pesanan tentang ilmu Pengetahuan mengenal diri

Jadual Pembayaran Gaji 2021

Berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia(SPANM) Bilangan 5 Tahun 2020- Tarikh dan Pembayaran Emolumen Tahun 2021 dilampirkan jadual pembayaran Gaji 2021 . Pemakluman daripada UTM akan menyusul :

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari25.01.2021Isnin 
Februari09.02.2021SelasaTahun Baru Cina12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)
Mac18.03.2021Khamis 
April22.04.2021Khamis 
Mei06.05.2021KhamisHari Raya Puasa13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) Hari Pesta Kaamatan30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)
Jun14.06.2021IsninHari Gawai1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu)
Julai14.07.2021RabuHari Raya Haji20 & 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu)
Ogos19.08.2021Khamis 
September23.09.2021Khamis 
Oktober25.10.2021Isnin 
November25.11.2021KhamisHari Deepavali4 November 2021 (Khamis)
Disember20.12.2021IsninHari Krismas25 Disember 2021 (Sabtu)

Sila muaturun Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia(SPANM) Bilangan 5 Tahun 2020

Penutupan Akaun Penyelidikan Tahun 2020

End of Financial Year
Bil.PerkaraTarikh Akhir
1.Tuntutan Pembayaran (Semua Bajet – Termasuk R & Q 10 Disember 2020 : Tarikh Pemohonan Baru
17 Dec 2020 (Khamis)  : Tarikh akhir penyelidik menghantar semula (Resubmit) tuntutan bayaran yang dipulangkan (Return) melalui Sistem Online Claim (RADIS): 
2.Panjar Wang Runcit
3Perolehan (Penyelidikan )10 Disember 2020 : Tarikh Akhir pemohonan baru
4.  Pendahuluan (Perjalanan dan Pelbagai) Dibekukan mulai11 – 31 Disember 2020(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH) 
5.Penjanaan Bil Tuntutan UTMJB – 10 Disember 2020UTMPAGOH – 10 Disember 2020UTMKL – 11 Disember 2020 
 56 Pungutan Hasil/Kupon/Amanah dan Wang Tunai24 Disember 2020(12:00 tengah hari)(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH) 
RMC-RND-NET-GROUP <rmc-rnd-net-group@utm.my>

Pembukaan Semula Akaun UTM Bagi Tahun 2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas  dan email sebelum ini berkaitan penutupan dan tarikh akhir pemohonan tuntutan bayaran dan perolehan bagi tahun 2020 dan pemakluman secara terus oleh Jabatan Bendahari UTM dan bahagian Kewangan RMC  bertarikh bertarikh 24 November 2020 dan 30 November 2020 serta 2 Disember 2020 . Perkara ini juga merujuk kepada keputusan mesyuarat penutupan akaun UTM yang diluluskan diperingkat Jabatan Bendahari UTM. 

Dimaklumkan merujuk kepada pemakluman yang dinyatakan tarikh pembukaan semua tuntutan bayaran dan perolehan bagi tahun 2021 adalah mulai 

Jenis Geran Kod Bajet Tarikh Buka Pemohonan Catatan 
Geran Mengurus U11/1/2021Di buka selepas selesai Agihan peruntukan 
Geran Penyelidikan Q & R7/1/2021Dibuka selepas selesai Proses Teknikal perubahan tahun 
Lain -Lain Geran A & D7/1/2021Dibuka selepas selesai Proses Teknikal perubahan tahun 
RMC-RND-NET-GROUP

Untuk makluman semua , sebarang perubahan pembukaan tuntutan atau pemohonan adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan Jabatan Bendahari UTM dan keadaan sistem UTMFin.  Untuk sebarang pertanyaan sekiranya pembukaan lewat dari tarikh yang dinyatakan boleh berhubung terus dengan En Nasimin Bin Ngadi sebagai pegawai bertanggungjawab di Jabatan Bendahari UTM (nasimin@utm.my) bagi urusan sistem. 

Diharap perkara ini dalam makluman dan tindakan semua . Kerjasama semua dalam perkara ini adalah diharapkan. Segala kesulitan dalam perkara ini adalah amat dikesali. 

Penutupan RADIS 3.0 dan Penggunaan RADIS 4.0

Modul Pengurusan Geran dalam RADIS 3.0 dijangka ditutup sepenuhnya dan beralih ke RADIS 4.0 selepas penyelenggaran ini. Penyelidik boleh membuat capaian ke RADIS 4.0 melalui pautan: https://newradis.utm.my Para penyelidik juga diharapkan dapat mengemukakan sebarang maklumbalas mengenai capaian RADIS 4.0 termasuklah masalah teknikal kepada UTM Research Computing melalui saluran komunikasi berikut:
Tel : +60122578727


Helpdesk : researchsupport.utm.my

Perhatian dan Kerjasama dari semua warga penyelidik UTM didahului dengan ucapan terima kasih.

PEMBELIAN PERABOT

Jabatan Bendahari mengeluarkan pemakluman pembelian perabot atau berunsurkan perabot perlu mendapat kelulusan Jabatan Bendahari UTM termasuk pembelian bagi penyelidikan dan perkara ini berkuatkuasa serta merta. Pemakluman ini telah dimuat naik di email staf pada 20 Oktober 2020

Perolehan yang melibatkan perabot yang tidak melalui Jabatan Harta Bina diarahkan untuk tidak diproses oleh Jabatan Bendahari seperti email pemakluman daripada Jabatan Berkenaan pada 20 Oktober 2020. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada En Shalan Bin Talib ; shalan@utm.my atau En Aizat Fahmi Bin Ahmad ; aizatfahmi@utm.my dari Jabatan Harta Bina. Pemakluman di Rrmc-rnd-net-group telah dihantar pada 25 Oktober 2020

ZAKAT MEMBAWA BERKAT, TIADA YANG LEBIH UTAMA DARIPADA SURUHAN ILAHI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersempena penutupan tahun 2019, kami ingin mengalu-alukan Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Prof / Dr / Saudara/i untuk bersama-sama menyertai caruman zakat di UTM. Bagi tuan/puan yang telah mencarum zakat di UTM, kami juga ingin mengalu-alukan untuk membuat pengiraan semula zakat anda.

Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Prof / Dr / Saudara/i, Pusat Islam UTM menyediakan perkhidmatan pengurusan zakat di UTM dan warga UTM boleh melaksanakan zakat pendapatannya secara potongan gaji bulanan di sini.

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara masih belum menyertai caruman zakat di UTM, ayuh segera daftar di my.utm.my

 

TAHUKAH ANDA!

Zakat merupakan satu kewajiban bagi setiap Muslim yang telah sempurna syarat-syarat zakat pada dirinya.

 

SYARAT-SYARAT ZAKAT PENDAPATAN :

  1. Islam
  2. Merdeka (bukan hamba)
  3. Harta sempurna milik
  4. Cukup nisab (kadar minimum setahun: RM 17,095.08)
  5. Cukup haul

 

 

PELEPASAN LHDN

Dengan membayar zakat pendapatan, anda layak mendapat rebat cukai dari LHDN jumlah yang anda sumbangkan atau bayar zakat pendapatan

Dengan erti kata lain anda sumbang RM 1.00 Zakat maka anda akan dapat perlepasan cukai nilai yang sama iaitu RM 1.00 …. tetapi biasanya pihak UTM akan mencadangkan agar ada sedikit portion potongan cukai berjadual dan sedikit portion potongan zakat dalam penyata gaji dan elaun saudara.

 

Contoh : Potongan Cukai Berjadual (PCB) sebulan sepatutnya = RM 100

Setelah bayar zakat dengan nilai sebulan                     = RM 80

Baki PCB yang perlu dibayar hanya                              = RM 20

 

MANFAAT MENCARUM ZAKAT DI UTM

31.25% akan dipulangkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada UTM

untuk diagihkan kepada warga UTM khususnya pelajar.

 

Pada tahun 2019 setakat bulan November, sebanyak RM 1,878,378.41 telah dibelanjakan bagi keperluan pelajar

antaranya bantuan yuran pengajian, sara diri, kesihatan dan lain-lain.

 

 

KAEDAH UNTUK MELAKSANAKAN ZAKAT DI UTM

  1. Kira zakat pendapatan anda di sini http://www.maij.gov.my/cal/index.html

                        atau anda boleh meminta bantuan daripada pihak kami untuk membuat kiraan zakat anda

  1. Daftar untuk memulakan caruman zakat anda di my.utm.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan zakat, segera emelkan ke islamiccentre@utm.my

 

‘ZAKAT MEMBAWA BERKAT, TIADA YANG LEBIH UTAMA DARIPADA SURUHAN ILAHI