TESTIMONI PELAJAR ULRS1022-03 20242025-2

TESTIMONI 1
Pengajaran pensyarah sepanjang kursus ini juga memberikan impak yang besar kepada saya. Gaya pengajaran beliau yang santai dan menarik telah berjaya menarik perhatian kami untuk belajar dengan lebih bersemangat. Aktiviti kelas seperti debat mengenai pancaindera kawan [lawan] akal antara Empirikisme [empirisisme] dan Rasionalisme sangat menyeronokkan dan membina. Debat tersebut mengajar saya cara untuk mengemukakan hujah dengan lebih jelas dan terstruktur, serta mendengar dan menghormati pandangan orang lain. Untuk cadangan penambahbaikan, saya lebih suka aktiviti yang melibatkan interaksi antara para pelajar kerana dengan ini kami boleh berkenalan serta belajar daripada satu sama lain.

Secara keseluruhan, kursus ini telah membawa perubahan besar dalam cara saya berfikir dan bertindak. Saya kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan lebih terbuka dalam melihat dunia dan kehidupan. Saya belajar bahawa banyak perkara yang kita lakukan dan fikirkan sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran sekitar kita, baik dari segi perbuatan mahupun pemikiran. Kursus ini juga mengajar saya bahawa untuk menjadi seorang individu yang lebih baik, kita perlu sentiasa terbuka terhadap idea dan pandangan baru, serta berusaha untuk memahami dan menghargai perspektif orang lain.

Secara keseluruhan, kursus ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan saya tentang falsafah, tetapi juga memberi impak besar terhadap perkembangan peribadi saya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Akmaliza sebab telah mengajar kami sepanjang kursus ini. Dr telah membuatkan kursus falsafah ini menarik dari segi cara Dr mengajar dan cara Dr melayan kami walaupun banyak perangai yang Dr jumpa semasa Dr mengajar dalam section kami ini. Saya ingin Dr tahu yang Dr ada mengubah sedikit sebanyak adab dan cara anak-anak murid Dr berfikir ke arah yang baik. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Jangan lupakan kami Dr hehe. Saya harap Dr akan sentiasa membuat perubahan ini dalam diri pelajar. Saya juga berharap Dr sentiasa sihat, kerana tempoh hari Dr tidak sihat selama beberapa minggu. Jangan lupa jaga kesihatan diri lagi-lagi sekarang musim panas dan hujan yang tidak menentu. Saya juga mahu minta maaf sekiranya ada perbuatan dari kami yang ada membuatkan Dr kurang berkenan ataupun sakit hati dengan kami. Itu sahaja daripada saya, Franklyn. Terima kasih Dr.

TESTIMONI 2
Gaya pengajaran pensyarah juga amat dihargai. Dr. Akmaliza Abdullah mewujudkan suasana kelas yang terbuka dan mendorong pelajar untuk berfikir dan menyuarakan pandangan tanpa rasa takut. Aktiviti seperti forum-forum dalam pautan pembelajaran secara dalam talian, perbincangan secara berkumpulan dan analisis kes sebenar membantu saya memahami aplikasi falsafah dalam dunia sebenar. Akhir kata, kursus ini bukan hanya mencorak pemikiran saya, tetapi memberi peluang saya untuk berfikir dan melihat isu kini. Saya sekarang lebih peka terhadap nilai dan prinsip yang berdasarkan tindakan, serta lebih berhati-hati dalam membuat penilaian moral. Nilai seperti integriti, tanggungjawab dan kejujuran mengutamakan dalam kehidupan saya. Kursus ini telah membuka mata saya untuk menjadi bukan sahaja pelajar yang cemerlang dalam akademik, tetapi juga seorang individu yang bertanggungjawab dan berprinsip dalam kehidupan. Sekian terima kasih kepada Dr. Akmaliza Abdullah atas kursus ini. Semoga segala yang dipelajari terus menjadi panduan dalam kehidupan saya.

    Kritikan terhadap Pasca Modernisme

    Pasca modenisme sebagai sebuah aliran pemikiran yang muncul pada pertengahan abad ke-20, sering kali dipandang sebagai reaksi terhadap modernisme dan naratif besar (grand narratives) yang mencirikan era tersebut. Walau tidak dibincang menerusi … [Continue reading]

    Kata Kunci yang Efektif

    Dalam penulisan abstrak bagi artikel proseding mahupun jurnal, antara yang perlu ada ialah abstrak. Biasanya diminta untuk memasukkan maksimum lima kata kunci sahaja. Tidak boleh banyak.Namun adakalanya penulis tidak tahu kata kunci yang boleh … [Continue reading]

    Pernyataan Masalah

    Selain daripada tajuk, pernyataan masalah juga penting dalam sesuatu penulisan atau kajian. Ia akan membantu untuk mengenal pasti tujuan dan skop penulisan atau kajian yang dilakukan. Apakah maksud pernyataan masalah? Pernyataan masalah  … [Continue reading]

    Menulis Ulasan Buku

    Antara tugasan yang biasa diberikan oleh pensyarah ialah menulis Ulasan Buku atau Book Review. Termasuk saya, untuk tugasan bagi kursus UICW6230/UHIS6130 Falsafah Sains dan Ketamadunan. Ulasan buku ni - nampak macam senang, baca sebuah buku dan buat … [Continue reading]

    Puasa: Jagalah Lisan, Jagalah Jari

    Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak … [Continue reading]

    Dynamic Stabilism

    Dynamic stabilism adalah satu kata konsep yang dibahaskan oleh Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang mengandungi dua elemen iaitu dinamik dan kestabilan. Ia merujuk kepada corak perjuangan ulama muktabar dalam tamadun Islam yang bersikap dinamik, … [Continue reading]

    Jejak Turki Uthmani di Nusantara dan Hubungan dengan Kesultanan Melayu

    Ini antara impian dan angan-angan saya. Ingin membuat penyelidikan berkaitan hubungan Khilafah Utmaniyyah dengan dunia Melayu. Dari waktu belajar, bermacam-macam persoalan bermain di fikiran. Antaranya sewaktu Portugis menyerang Melaka, tidak adakah … [Continue reading]

    SPAM COMMENTS: Bagaimana Dihentikan?

    Sebagai pengguna blog, memang tidak dapat lari daripada menerima komen-komen spam. Kecualilah jika diset untuk tidak menerima sebarang komen. Satu dua masih boleh bersabar. Apabila banyak, menyakitkan hati. Bukan berkait dengan posting yang ditulis … [Continue reading]

    Biar Mati Anak

    Biar mati anak jangan mati adat,Adat bersendikan syarak,Syarak bersendikan Kitabullah,Syarak mengata, adat memakai,Cermin yang tidak kabur,Pelita yang tidak padam. Seringkali pepatah biar mati anak jangan mati adat dikritik hebat. Kenapa orang … [Continue reading]